Sumber: Metro Ahad, 9 Feb 2014
Membaca artikel yang melibatkan artis kadang2 menyebabkan kita banyak merenung diri dan bermuhasabah.. bukan apa.. kekadang tu ada isu2 yang melibatkan sensitiviti agama dan masyarakat turut dikaitkan ngan diaorang ni..
Kali ni akak nak sentuh sket pasal isu artis Sakinah ni. Isunya ialah mempamerkan keindahan tubuh badan. Lain orang lain isu yang dilihatnya kan..
Kalau kita merujuk kepada ajaran agama Islam, memanglah jadi satu dosa buat semua wanita yang sengaja mendedahkan aurat kepada orang lain yang bukan muhrimnya. Yang halal hanya pada suaminya sahaja.
Cumanya, ialah.. dunia anak muda kan..Sakinah masih lagi dalam dunianya yang tersendiri. Macam kita semua, masing-masing dalam dunia dan kehidupan kita kan. Cumanya kita manusia ni cepat tercuit perasaan bila melihat sesuatu perkara yang tidak sepatutnya kan.. atas nama seorang muslimah.
Tapi siapa kita untuk memperkatakan tentang manusia lain sedangkan diri kita sendiri pun belum tahu kesudahan amalan kita?
Rasa diri kita sudah bagus? lengkap? lebih baik dari orang lain? Sebab kononnya kita sudah mendapat hidayah Allah?
Hidayah itu milik Allah. Allah lah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Sebagai hamba Allah, yang paling utama kita lakukan ialah sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri ke jalan Allah. Mohon supaya Allah dekatkan kita kepada segala kebaikan dan jauhkan dari segala kejahatan.
Seperti yang dikatakan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 195,
Dan infakkanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kalian
menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, serta
berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik.
Sama-sama muhasabah diri.
No comments:
Post a Comment