Monday, February 3, 2014

Tazkirah- siapa yang pertama kali .....

Sumber- whatsapp peribadi dari rakan2
kalau ditanya siapa yang pertama mencipta telefon, kita dengan mudahnya akan menjawab Alexander Graham Bell. Tapi kalau ditanya sapa yang pertama menulis Bismillah, tiada siapa yang tahu kan..
Jom ambik tahu serba sedikit pengenai perkongsian ini. Kalau ada yang kurang tepat, dimohon supaya dapat diperbetulkan kerana perkongsian sebegini tidak dinyatakan sumber rujukan.
30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan :    Nabi Ibrahim AS
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :     Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :  Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :   Sayyidatina Hajar
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab
10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :  Al-Harith bin Abi Halah
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :  Sumayyah binti Khabbat
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah
17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :  Ali bin Abi Tholib
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary
19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin AlAwwam
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah bt Khuwailid.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam Harun Ar-Rasyid
26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW :  Ali bn Abi Tholib
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.
✔ Rugilah klu tidak SHARE sbab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH kenali Islam kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!