Thursday, February 13, 2014

Universiti Terhebat Dunia. Terbaik!

 Membaca akhbar MetroAhad, 9 Feb 2014 telah menarik perhatian akak ke satu artikel mengenai seorang tokoh aktivis sosial yang hebat Tan Sri Lee Lam Thye. Seorang pejuang parti dan ahli politik yang disegani, ketika ini beliau dilihat sentiasa dihadapan di dalam membincangkan pelbagai isu membabitkan masyarakat.

Yang paling menarik perhatian akak ialah tagline 'universiti masyarakat'. Tan Sri Lee membayangkan kepada pembaca yang beliau banyak belajar dari kehidupan masyarakat. Dan bukan sahaja Tan Sri Lee, semua kita sebenarnya adalah pemimpin yang perlu belajar dari dunia sekeliling kita, untuk terus memimpin diri kita ke arah kebaikan.


  


Di dalam dunia maya, wujud satu universiti terhebat yang dipanggil Universiti Maya MKI. MKI ialah Muhd Kamil Ibrahim. Beliau adalah seorang profesor, pernah berkhidmat di UiTM dan ketika ini berkhidmat di sebuah universiti di Arab Saudi. Walaupun kuliah yang diberikan kebanyakannya bersumberkan kepada coretan kehidupan individu, namun refleksi kemanusiaan hasil dari coretan2 itu ternyata penuh dengan pengisian jiwa.




Universiti adalah sebuah tempat untuk menuntut ilmu, dan semua tempat berpotensi untuk menjadi sumber pencarian ilmu. Namun bukan lokasi tempat yang penting, tetapi perlu wujud jiwa dan insan dalam memastikan ilmu pengetahuan dapat dikembangkan.

Kehidupan kita di dunia adalah satu pembelajaran. Teruskan sesi belajar kita dengan memilih guru terbaik dan tempat yang terbaik, agar kita mendapat hasil yang baik di kemudian hari.

Jom sama-sama kita muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!