Sunday, February 23, 2014

Rumah makin mahal, takde tempat tinggal, Hidup dalam sangkar?

Sumber: HarianMetro 15 Feb 2014

Di Hong Kong beginilah keadaannya kini. Golongan kurang mampu terpaksa tinggal dalam sangkar. 

Bukan free tapi masih jugak kena bayar sewa pada kadar HK$1500 @RM646. Sewa sebuah apartmen ialah HK$16000 @RM6800 sebulan. Wow! Mahalnya.

Itu kira negara maju tu.. kita kat Malaysia macamana la nanti ye kita esok-esok dah tua .. nak tumpang anak2 takut nanti membebankan diaorng kan.. jadi camana ye. banyak dah kisah anak2 tak nak jaga mak ayah bila mak ayah dah tua..

 

So apa mak ayah kena buat sekarang ni ye? kena bersedia. Mak ayah kena beli 1 rumah khas untuk cadangan hari tua nanti. Kalau mampu beli banyak rumah, nanti kalau anak dah besar kalau diaorng nak duduk rumah tu mintak diaorng bayar sewa kan kan.. er kejam tak kejam tak.. hihi

Jadi bagi mak ayah yang masih lagi menyewa tapi mampu beli rumah sendiri, maka carilah rumah. kecik pun takpe.. janji rumah sendiri. bukan rumah sewa. sekarang ni kita segar dan kuat lagi bolehlah kerja.. cari duit nak bayar sewa rumah.. esok-esok bila dah sakit, sewa rumah pun takboleh bayar macamana kan.. nanti kena halau tuan rumah.. mana lagi nak pergi.. kalau rumah sendiri takde sapa boleh halau kan.

sekarang ni pun kerajaan dah macam-macam usahakan agar semua golongan ada rumah kan.. jadi kena tanya-tanya kan agensi2 yg berkenaan bagi yang sedang berusaha dapatkan rumah.

Jom kita ambik iktibar!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!