Bagi mereka yang baru je lepas pembedahan mesti tercari2 menu makanan yang boleh dimakan semasa dalam 'pantang' ni. orang kita kata 'dalam pantang' lah sebab kena jaga pemakanan.. kalau silap makan kang, tempat yang kena operate tu ada kemungkinan bernanah dan akibatnya lambatla sembuhnya..
Jom kita tengok apa yang biasanya orang yang lepas operate boleh makan..
Bubur / Nestum
Dalam kes abe nik, selepas pembedahan tu, abe nik makan bubur, pastu makan nestum yang cereal tu.. hahaha.. ada perisa oat lagi..
Vitamin C
pastu, bagi mempercepatkan penyembuhan luka, abe nik ambik vitamin c shaklee. Doktor2 ramai yang sarankan ambik vitamin c ni.. bagus sangat untuk memulihkan tisu2 penghubung yang rosak ketika pembedahan.
Belut dan ikan haruan
Orang tua2 kata, makan belut dan ikan haruan bagus untuk mempercepatkan penyembuhan luka selepas pembedahan. Jadi abe nik juga makan belut dan ikan haruan tu. Akak panggang je.. goreng pun sodap, tapi sebab tak leh makan yang minyak2 kan, jadi abe nik makan yang panggang je lah.
Mungkin ada yang tanya, mana lebih sedap? haruan ke belut? Jawab abe nik, belut lagi sedap sebab isi dia manis.. akak tak pernah makan belut dan akak juga tak pernah makan ikang haruang tu.. jadi iiiieeee... tak tau la apa rasanya..
Gamat
Satu lagi, gamat. Gamat sememangnya terkenal dengan agen penyembuhannya. Jadi abe nik juga ambik gamogen. Tapi bagi yang ada alergi kat seafood ke, akak nasihatkan tak yah la dulu makan gamat ni ye.. kot2 nanti nak termuntah ke.. terbersin ke.. naya jugak.. yelah.. kan baru je lepas operate.. memang sakit jugak kalu kena alergi kan.. ok?
hmm.. ikutkan memang banyak la yang abe nik makan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka tu.. ye lah.. doktor operate kat dalam perut dik.. kita pun tak tau perut kita ni berapa lapis kan.. jadi kalau nak pastikan sembuh sepenuhnya kena la jaga makan betul2 kan.. pastu makan la apa yang disyorkan oleh mereka yang lebih berpengalaman kan.. kalau setakat sapu ubat kat luar je mungkin dah boleh tengok kesan parut pembedahan kat luar tu sembuh tapi kat dalam tak tau kan.. jadi baik la jaga makan. Ala.. kejap je pun... cuba jaga makan sebulan.. bukan setakat boleh sihat dengan cepat, biasanya siap boleh kurus lagi.. memang.. abe nik dah kurus dah sket.. agaknya doktor ada sedut lemak jugak kot masa operation ituhari.. hihihi..
No comments:
Post a Comment