Thursday, February 20, 2014

Menu berpantang selepas pembedahan - sup belut

Dulu akak pernah share citer pasal kelebihan belut yang mampu menajamkan akal pikiran anak dalam kandungan. Jadi ibu-ibu bolehlah mula pikir-pikirkan samada nak makan belut ke tidak..hmmm... ada yang muntah terus ni kan.. sabo sabo..
 

Ni dia sup belut. Yang ni akak beli kat kedai sup belut kat tempat dekat ngan kampung akak. Kalau ada yang suka ssangatttt makan sup belut ni boleh gi ke kedai makan kat jalan Paya Besar, Kuala Berang. Tak tau kat mane? ala.. sampai kuala berang kang korang tanya la kat ane paya besar tu.. pastu korang boleh la menikmati keindahan kampung sambil2 cari kedai ni. tak tau kat ane kuala berang? er.. leh tanya pakcik google ye..

 

Bagi penggemar sup belut kat kampung akak, dikatakan kat kedai tu setakat ni terbaek lah. err.. akak tak makan belut, tapi ada la akak try sup dia.. memang best! aik, boleh lak tak makan belut tapi makan sup? eh nape tak boleh lak.. boleh je kan.. cuma bab fearfactor ni bab makan belut je hehe.

Belut ni dianye khasiat punye la banyak. Ni akak ambik maklumat dari sini.

Belut atau nama saintifiknya Monopterus albus termasuk kategori ikan dan berbentuk panjang dengan kepalanya yang bulat dan berinsang. Sungguhpun ramai yang tidak "sudi" makan belut, tetapi diakui, hidupan air tawar ini kaya dengan pelbagai khasiat. 
 
Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi.

Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan.

Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.


Abe ni bila makan sup belut ni memang tak hingat dunia.. takpelah, bagi can la.. orang sakit kan.. biarkan.. biarkan..

Cumanya belut ni tak boleh dimakan selalu sangat. Kalau 1-2 kali seminggu tak pe lah.. kalu korang makan setiap hari tu memang langsung tak digalakkan. Kenapa? Sebab belut ni mengandungi kandungan kolestrol yang sangat tinggi. Ye ke? Ye. Sebab adik lelaki akak pun ada bagitau akak, dia gi makan sup belut kat kedai tu hampir setiap hari dan nak dijadikan citer, satu hari tu badannya rasa sakit dan kaki terasa bengkak. Panik jap kot2 gout ke.. so bila 1 minggu dia tak makan sup belut tu, sakitnya dah hilang. Kaki pun dah tak bengkak lagi.. hmm.. jadi kena makan sekali sekala je ye..

Dan ini maklumat pasal kolestrol dari sini. Cuba tengok bawah sekali. Belut - paling tinggi kadar kolestrolnya!


 Harap sedikit sebanyak dapat memberi maklumat kepada pembaca semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!