Friday, February 14, 2014

Tanda kasih ibu... kisah teladan

Pedoman dan peringatan buat kita semua sebagai ibubapa.

Sekarang ini di mana-mana sahaja, banyak cerita yang kita dengar mengenai ibubapa yang dihantar dan ditinggalkan terus di rumah-rumah orang tua. Mereka ada anak, tetapi tuntutan kehidupan dan komitmen rumahtangga lebih dipentingkan, lalu menyebabkan ibubapa yang tua akhirnya dianggap sebagai beban keluarga.

Ada ibubapa yang dilayan seperti orang gaji atau pengasuh anak. Ibarat menumpang kasih anak. Itu tak masuk lagi bab sakit pening.

Jadi, lebih mudah hantar ke rumah orang tua. Yang sedihnya, seperti yang dilaporkan oleh HarianMetro, sebuah rumah orang tua yang baru menghentikan operasinya telah meninggalkan sekumpulan orang-orang tua di rumah yang telah ditinggalkan. Sanggup mereka meninggalkan warga emas tu. Kalaulah tidak diselamatkan oleh orang yang lalu-lalang yang kebetulan terdengar suara tangisan warga emas ni, tak tahulah. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kita sebagai anak, setelah pelbagai pengorbanan ibu, sanggup kah kita ketepikan kasih sayang mereka sekelip mata begitu sahaja? Ingatlah perintah Allah dalam Surah Luqman ayat 14. 




Cerdikpandai mengatakan dunia ini bulat dan 'what goes around comes around'. Maksudnya, apa jua perbuatan kita yang kita lakukan balasannya akan kita terima juga. Kalau kita berbuat jahat kepada ibubapa, mungkin anak2 pun berbuat yang sama kepada kita. Jadi kalau kita hantar ibubapa ke rumah orang tua ketika di zaman ini, tak mustahil anak2 berbuat perkara sama kepada kita akan datang.

Mereka kata seotang ibu boleh menjaga 10 orang anak. Tapi belum tentu 10 orang anak boleh jaga seorang ibu.

 Sumber : MetroAhad, 9 Feb 2014
 

Dan kasih seorang ibu akan sentiasa berada bersama-sama anaknya, walau diperingkat usia manapun.

 Sumber: HarianMetro, 8 Feb 2014
 

 SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU!

Sama-sama muhasabah diri. Semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan rahmat kasih sayang Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!