Wednesday, February 12, 2014

Menu berpantang selepas pembedahan - nasi himpit!

Di tempat akak, antara menu wajib bagi mereka yang dalam berpantang selepas pembedahan ialah nasi kapit atau nasi himpit dalam bahasa bakunya. 

Nak buat nasi himpit ni memanglah mudah, gi kedai beli nasi himpit Nona ke, kemudian rebus dalam periuk rice cooker tu.. kejap je memang dah masak.

Masalahnya, abe nik sorang je yang nak makan.. jadinye kalau ikutkan, not cost effective la.. hihi.. pahtu bukan setakat nasi himpit tu je, nak kena buat sambal hitam atau sampal ikan tu pulak.. eeeiii... akak lum khatam lagi bab sambal tuh..

Dulu masa lepas operate tiroid akak dulu, akak pun makan nasi himpit ni. Siap ada bekalan sambal hitam lagi.. mak mertua buatkan. memang terbaik lah.

 
Kat Dungun ni memang susah gak nak cari nasi himpit ni. Yang ada tu sekali ngan sate. Mana la leh makan sate tu. Berminyak. Pastu kuah kacang. Jadi nak kena cari nasi himpit yang memang jual sekali ngan sambal hitam atau sambal ikan. Sambal ikan pun nak kena be careful gak. Kalu ikan selayang je tak pe lah.. kalau ikan campur2 takut bisa la pulak.

So lepas mencari sekitar dan tak de, akak ngan abe nik gi cari kat pasar dungun. Alhamdulillah, ada nasi himpit ngan sambal hitam.

Itulah menu abe nik pagi tu.
  
  

Masa abe nik makan nasi kapit tu mesti korang tertanya-tanya gak apa menu breakfast akak kan... of course la hebat sket dari abe ni. Nasi lemak beb. hehe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!