Monday, April 6, 2015

Pelajar cemerlang... jom masuk U..

itu ari akak ada jaga booth. sempena program jom masuk U.

jadinya program ni tujuannya adalah untuk menarik pelajar-pelajar lepasan SPM supaya meneruskan pengajian ke peringkat universiti.

so setiap pelajar lepasan SPM yg datang kat booth kita orang akan pergi check dulu untuk melihat mana-mana jurusan yang layak.

ada seorang pelajar ni memang akak sungguh kagum dengannya. straight A student tu... Anas namanya.. kecik je orangnya.. masa sembang ngan akak memang menyerlah wawasannya. Hebat betul lah..

disebabkan result yang cemerlang tu  akak cadangkan Anas apply program untuk ke luar negara.. kat intec. harapnya ada peluang cerah untuk Anas.

akak doakan Anas dapat sambung pengajian ke luar negara dalam bidang yang diminatinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!