sudah banyak berita mengenai penyalahgunaan dadah oleh golongan artis.. dan mereka ini mendapat perhatian yang meluas di media massa disebabkan status dan populariti mereka di mata masyarakat.
terkini berita mengenai mamat bekas anggota kumpulan exist yang didenda disebabkan kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.
mamat baru sahaja memenangi pertandingan nyanyian Gegar vaganza... di mana beliau memenangi tempat ke 3 yang melayakkan beliau memenangi sejumlah wang yang bukan sedikit...
namun mungkin nasib tidak begitu menyebelahi mamat di dalam kehidupan... beliau masih lagi dilihat terbabit dalam gejala dadah ni..
sapa yang perlu dipersalahkan? memang senang untuk menuding jari kepada mamat seorang kan... kerana sebenarnya kekuatan individu melawan hawa nafsu lah yang diperlukan untuk terus bangkit terus melangkah ke hadapan..
pada masa yang sama golongan ini juga memerlukan sokongan berterusan kaum keluarga.. senang cakap kan... yelah... mana la kita sebagai ahli keluarga sabar nak melayan golongan seperti ini yang ibaratnya macam sampah masyarakat kan..
tapi kalau tak nak bagi sokongan moral pun jangan lah dihina mereka ini.. tak perlu dihina dicaci mereka sebab apa jua kejadian yang menimpa manusia hanya Allah yang merancangnya sebegitu rupa..
apa kata daripada kita bersikap mangadili mereka seolah olah kita ini sahaja la manusia yang baik yang pernah hidup di mukabumi Allah ini, ada baiknya kita turut sama mendoakan golongan lain yang kurang bernasib baik supaya mereka ini nanti lebih baik kehidupannya seperti kita.. supaya mereka juga diberi hidayah oleh Allah .. supaya mereka ini berubah kehidupannya ke arah yang lebih baik yang dapat memberi kebaikan kepada manusia lain.
sama-sama kita muhasabah diri.
No comments:
Post a Comment