Saturday, April 11, 2015

Melawat anaknda di hostel

ari ni akak dan abe nik gi melawat anaknda tersayang kat hostel.

semalam anaknda dah tanya nak datang kul berapa. Akak bgtau pagi la..
so kami bertolak dari kampung la. sebab semalam hari jumaatnya mak adakan majlis tahlil. Jadi pagi ni kami dari kampung. Perjalanan pun lebih kurang sama je la. Dari Dungun ke Durian Mas tu hanya lebih kurang 45 min, sama dari KBrang ke Durian Mas. Kalau lalu ikut hiway la.

macam biasa la. bila sampai akak la kena panjat tangga tingkat 3.. pergi panggil anaknda. ish.. tepon ada tapi cikgu benarkan ambil sekali seminggu je.. hari selasa je. so hari selasa je la pelajar nak maklumkan sebarang makluman kpd mak ayah.. jadi bila mak ayah nak datang hari jumaat atau sabtu ke memang dah kena janji dulu nak datang kul berapa. kalau tak janji dulu pukul berapa memang kesian la kat mak ayah.. especially kalau tak de pelajar lain kat situ yang boleh bantu panggil anak anak kita.

Tadi pun ada sorang ayah yang ke sana ke sini menunggu anaknya datang. kesian la kan.. nak call telepon lak warden pegang. hmm... kesian..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!