Semalam (Kamis 23/4/2015) akak ada meeting kat UiTM Shah Alam. sebab meeting tu petang jadi akak bertolak ke shah alam pagi kamis. 4 jam lebih je dari Dungun. Lalu LPT2 yang baru bukak ni kalau rempit memang boleh jimat 1 jam la.
So dah alang-alang akak ke shah alam kan.. akak pun plan siap-siap nak stay kat seksyen 7, tempat shopping tu.. dekat area Jakel tu.. hehe.. so akak surf web dan call Tree Boutique hotel. tapi dah full. so akak surf lagi. dapat EV World hotel. so akak booked la.. nak checkin kamis dan checkout jumaat.
so ari kamis akak bertolak kul 8.30 pagi dan sampai dekat kul 1.30 petang. ye la.. berenti makan lagi kat hentian kan... pastu 2-3 kali jugak berenti kat stesen minyak sebab 'tuntutan alam' kan.. buang air la tu.. hehe..
so sampai je kat seksyen 7 kami cari ev hotel tu.. problem pulak dah.. rupanya staf yang ambik booking akak tu buat tempahan akak esoknya... la pulak dah.. dan pulak mereka dah takde bilik kosong lain.. huhuhu. so akak bgtau la akak ni dari jauh.. dah booked lak tu.. tu silap staf tu.. last-last mereka bagi satu bilik kosong yang ada kat depan.. akak mintak mereka bukak pintu bilik tu sebab nak tengok keadaan bilik tu... alahai.. nampak kecik je pulak..
so akak book dulu bilik tu.. dan bagitau yang akak nak turun tanya suami dulu.. kalau akak jadi ambik bilik tu akak akan datang balik tapi kalau tak jadi akak akan telefon.
so akak bincang ngan abe nik dan buat keputusan cari hotel lain dulu... so kami pusing dan park depan bangunan roshni yang ada food court tu. Akak pergi ke Tree boutique hotel just in case ada kosong. dan memang ada kosong. so kami checkin kat Tree boutique hotel tu. sebab nak yang ada window kan jadi harga $104. Tapi kalau weekend rate jade $128.. biasalah.. weekend ramai orang datang. sebab tu ada kedai kat situ yang tutup pada isnin. sebab weekend tu tersangat letih melayan pelanggan yang ramai kot.. hehe..
tapi kan.. dok kat hotel bajet ni kan.. kalau setakat 1 hari tu ok lagi.. tapi kalu nak duduk 2-3 hari baik cari hotel yang lebih selesa.. kenapa? sebab bilik memang sangggat kecik.. kalau shopping tu kan setiap kali balik shopping tak boleh bawak masuk bilik hotel. tak muat nak letak barang. kena terus bawak masuk ke dalam kereta.
tapi kelebihannya ialah sangat dekat ngan tempat shopping.. turun je dah boleh shopping kiri kanan..
hmm.... apapun pilihan di tangan kita..
No comments:
Post a Comment