Saturday, April 18, 2015

rahsia air limau nipis

semalam abe nik balik dari berkursus. on the way balik ke rumah abe nik terlebih dulu menghantar kawannya En Zul yang tumpang naik satu kereta ngan abe nik.

so bila abe nik sampai, dikeluarkannya 4 batang tebu serta buah limau nipis yang sangat banyak.

dah akak pun tengah batuk sampai ada kahak, jadinya akak cuba la minum air limau nipis ngan air panas suam tambah sedikit gula. ahhh... bestnyer..

dan akak perasan yang batuk akak dah lega sket. ni dah masuk hari ke dua akak amalkan minum air limau nipis tu.. dan tadi memang kes extra vaganza la pulak.. apa taknya.. dalam kul 7 gitu akak minum air asam jawa yang dalam botol tu..memang heaven la.. sejuk la tu.. uiii... tak terkata best nyer.. kemudian kul 8.30 akak sempat buatkan air nescafe utk adik akak yg datang makan. dah buat air kan, mestilah nak kena rasa jugak kan.. so akak minum nescafe sket tadi... takde la banyak.. 2-3 sudu je pun.. dah namanya nak rasa manis ke tak je.. oklah.. dan dalam kadar 10 minit lepas tu akak minum air limau nipis akak..

ternyata dalam masa tak sampai 15 minit waduh.. perut akak punya la meragam.. mak aii... memang jawapannya kena ke tandas lah.. tu la.. habis semua air ko minum.. padan la muka yang cun kan.. huhuhu..

so kalau sapa-sapa yang ada masalah buang air ke.. atau dah seminggu tak buang air ke... memang wajib cuba la.. tu testimoni sebenar dari akak sendiri tu.. haha..

tapi air limau nipis ni memang mujarab untuk buangkan lemak kan.. selain dari untuk buangkan kahak ada banyak lagi kebaikannya.

even sekarang ni kalau untuk bayi baru lahir je kan, dah ramai ibu-ibu yang amalkan ni untuk buangkan kahak serta lendir dalaman bayi yang belum habis dikeluarkan.

so biasanya bayi akan diberi minum sesudu perahan limau kasturi atau limau nipis. tak sampai 20 minit bayi akan memuntahkan segala kotoran dari dalam perutnya... ni untuk elakkan bayi lelah disebabkan kahak yang banyak yang belum berjaya dikeluarkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!