akak sambung cerita semalam.
so kami sampai kat hospital SNZ pukul 1 tghari. Waktu melawat kat hospital setiap hari adalah dari jam 12-2 tghari manakala sebelah petangnya pula dari jam 5-7 ptg. Kalau hari Jumaat Sabtu pulak dari jam 11-2 tghari dan dari jam 4-7 ptg sahaja.
saudara akak ni sebenarnya disahkan terkena kencing tikus. Beliau juga ada kencing manis. Jadi setakat yang akak dengar memang sangat berbahaya la penyakit kencing tikus ni terutamanya kepada pesakit kencing manis.
saudara akak ni sehinggalah entry ini ditulis, sekarang masih lagi berada di wad ICU dalam keadaan koma.
so akak ngan abe nik naik lif untuk ke tingkat 3, unit icu. Memang ramai la orang yang sedang menunggu giliran nak masuk melawat pesakit. Dan untuk masuk tu hanya 2 orang sahaja dibenarkan melawat pesakit pada satu-satu masa.
jadinya akak dan abe nik berjumpa dengan staf yang menjaga pas lawatan kat situ. Bila dimaklumkan nama pesakit, beliau mencari nama di dalam buku daftar nama terlebih dahulu. kemudiab beliau akan menyemak pas lawatan samada berada di atas meja ataupun tidak. Sekiranya pas lawatan tiada di atas meja makanya pelawat masih berada di dalam wad icu dan masih belum keluar.
so akak dan abe nik tunggu kat luar.. sambil-sambil tu mata asyik melilau melihat nombor pas yang dihantar. Kalau pas tu ada nombor 10 makanya akak dan abe nik akan terus boleh masuk dan dapatkan pas tersebut dari pelawat sebelumnya..
sehinggalah 30 minit berlalu. akak dah letih berdiri dah.. akak pikir la kan.. takkan la lama benor pelawat tu gi melawat pesakit.. tu kan wad icu.. kejap kejap dah la.. so abe nik kemudiannya pergi la tanya staf tu.. kot-kot staf tu boleh maklumkan kepada pelawat di wad 10 supaya dapat bagi peluang orang lain melawat pesakit.
hmm... staf tu kemudiannya datang bagi jawapan, "keluarga pesakit tak nak terima pelawat!"
uih.. memey rasa geram la jugak kan.. kot ye pun bagilah peluang pelawat masuk jumpa pesakit sekejap pun jadilah.. adat sesama kita kan.. orang sakit kita ziarah.. sambil tu kita doakan pesakit supata cepat sembuh kan..
lagi satu.. memang kesian la kalau ada pelawat yang datang dari jauh semata-mata nak melawat pesakit kan.. macam akak ngan abe nik ni, setakat datang dari dungun ke kuala terengganu akak tak de lah kisah sangat kan.. tapi bayangkan kalau ada saudara lain yang jauh datangnya.. dari melaka ke.. hanya untuk melawat pesakit.. huhuhu...
dah lah tunggu setengah jam.. hmm..
sebenarnya kita faham. mungkin keluarga pesakit bimbang kesihatan pesakit bertambah buruk sekiranya menerima pelawat yang ramai. tapi kan.. bayangkan.. dengan berjumpa dengan orang lain yang sudi datang melawat beliau, bukan sahaja didoakan supaya beroleh kesihatan yang lebih baik malah turut mendapat kata-kata semangat untuk bangkit meneruskan kehidupan. kan kan.
dan bila kita datang melawat saudara mara ke kawan-kawan ke ahli keluarga ke.. itu menunjukkan yang kita prihatin dengan keadaan mereka dan mereka berada di tempat yang khas di dalam hati kita.
Tapi dah kalau keluarga pesakit tak nak terima pelawat nak buat macanana kan. Kita hanya mampu menerima sahaja la kan.
anyway, kami tetap mendoakan semoga pesakit sembuh dari pesakit yang dihidapi seterusnya beroleh kejayaan yang gemilang di dunia serta akhirat.
No comments:
Post a Comment