Sunday, April 19, 2015

Usahawan Kelapa Muda

wah.. tengok gambar kelapa muda yang berangkai dan rendah pulak tu memang amat mengujakan. Ni adalah foto ehsan dari seorang kawan akak yang mengusahakan tanaman kelapa. Memang berbaloi-baloi la. Apa taknya, nak kelapa muda boleh petik terus, tak perlu nak panjat-panjat tiang kelapa tu. Macam nak gi ambik kunyit halia kat belakang rumah. Time tu nak pakai time tu jugak boleh pergi gali kat belakang rumah.

Sapa yang ada tanah dan rajin mengusahakan tanah memang akan dapat pulangan la.

Sekarang ni  kemodenan menyaksikan tanah makin berkurang disebabkan memberi laluan kepada pembangunan projek-projek perumahan dan pusat-pusat komersil untuk manfaat manusia kan. Kita lak dah duduk rumah bertingkat yang dinamakan kondominium. Memang tak bertanah. Tanah yang ada perlu digunakan untuk letak kenderaan dan jugak tanam pokok-pokok bagi membekalkan oksigen yang diperlukan untuk kita.

Tapikan, berapa banyak sangat la pokok-pokok yang ada kat bandar kan? Orang punya la ramai. Cukup ke oksigen yang dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan tu untuk kelangsungan kehidupan kita? Makin tinggi tingkat rumah kita kat kondominium tu entah-entah makin jauh dari pokok-pokok yang mengeluarkan oksigen kan..

so pastikan sekurang-kurangnya ada jugak la tanam pokok bunga kat tepi rumah ke.. kat dalam rumah ke.. kan.. buat kita jugak. sumber oksigen semulajadi kan kan.. hehe..

sebab tulah, sapa yang duduk kat kampung memang terasa begitu nyaman dan tenang kan...bukti cukup oksigen.hehe.. sebab dikelilingi oleh pokok-pokok yang banyak. kan kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!