Wednesday, April 22, 2015

Takkan malas sangat kot dik..

Kat sebelah rumah akak tinggal 3 orang penyewa bujang perempuan.

Yang sorang je yang mesra alam.. setiap kali kalau terserempak kat luar rumah memang ramah lah kami bertegur sapa. Lia namanya dan orangnya pun comel je. Malah kalau famili Lia datang pun memang mesra la siap datang sembang ngan akak dan abe nik.

Citernya, ada penyewa baru masuk. Dan masa akak kebetulan balik rumah, memang nampak famili that girl datang tinjau rumah tu. Akak turun kereta nam bukak pintu pagar dan sempat la pandang kat mak ayahnya sambil senyum. Akak kan mudah mesra kan kan.. tapi setakat senyum la kat mak nya.. tapi tak de lah mak nya datang nak sembang nak tanya kabar ke.. ye lah.. adat masuk kampung orang kan.. sekurang-kurangnya tunjukkanlah kemesraan kan.. lagi lak, anak nya jadi jiran akak kan..

macam Lia, mak ayah nya siap pesan lagi.. nanti tolong tengok tengok kan Lia.. ala.. bukan kita jadi babysitter dia pun kan.. tapi adat kita memang macam tu kan.. dan lagi kita kan tinggal bermasyarakat kan.. jadi cuba-cubalah  buat kawan kan..

ok. tu satu hal la kan.. akak tak kisah pun.. ko senyum akak pun senyum la. kan.. apa susah.. senyum je pun.. latihan mulut kan..hehe.. ko tak senyum  akak pun tak kisah.. tak luak pun tenaga nak balas senyum balik kan.. haha..

ok. k..

so pasal penyewa perempuan yang baru ni, akak perasan budak ni kan bila keluar rumah memang dia tak tutup pun pintu pagar rumah sewanya. Bukan apa.. kat kawasan akak ni memang kawasan kampung.. jadi kalau setakat kambing lembu ayam itik memang tak heran la.. setiap hari boleh tengok..

bila akak bagitau kak abe nik pasal jiran baru perempuan yg tak tutup pintu pagar tu, abe nik pun perasan gak perkara sama..

yang best nak tau abe nik cakap apa? " BUDAK TU MALAS! TUTUP PINTU PAGAR PUN MALAS..HMM.."

nah ko.. nasib la dapat jiran malas..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!