bila dah badan tak sihat ni bukan main lagi... minda pun tak leh pikir ngan betul..
akak teringat kisah ari isnin lepas.. sebenarnya hari ahad dan isnin akak ada kelas pagi, 8-10 pagi.. so pagi isnin tu akak terus la masuk kelas.
sampai kat kelas akak bukak pintu dan terus masuk.. akak bagi salam. tapi student akak la akak tengok macam terpegun seketika.. student yang kat depan kata, "eh madam.."
akak pulak terus potong cakap, "napa?".
kemudian akak melangkah dua langkah ke depan untuk terus ke meja. Masa melangkah tu akak baru tersedar. Akak pun cakap kat student, "eh saya silap kelas kan!" Student terus cakap," ye madam. Kami kelas ent.." huhuhu..
Dengan kontrol ayu, akak plastikkan senyum dan terus keluar. haha.. on the way keluar, akak terserempak dengan kawan akak yang baru nak masuk ke kelas tu.. haha.. akak bagitau je dengan selamba, "kak izan silap kelas hehe.."
Dan petangnya pulak kelas akak ngan kumpulan student tadi... haha..
so petangnya akak bagitau student akak itulah jadinya bila badan dan mental kurang sihat.. haha..
dan itulah first time akak silap masuk kelas sepanjang mengajar. haha..
ni bukan apa tau.. sebab ahad semalamnya tu kan akak pergi buat lawatan industri ke kemaman kan.. jadinya tulah.. keliru lah sket.. hehe..
sabo je la..
No comments:
Post a Comment