Beberapa hari lepas heboh kisah mengenai sorang pelajar form 3 kot.. yg dikatakan mencipta sejenis aplikasi komputer yang dapat melakukan penterjemahan..
dan dilaporkan juga bahawa aplikasi tersebut mendapat perhatian syarikat gergasi perisian dan teknologi dunia iaitu Google..
walaubagaimanapun Google telah menafikan mengenai kebenaran perkara ini.. rupanya ianya hanyalah spam... hmmm.... apabila cerita boleh direka tanpa memikirkan kesahihannya.. inilah jadinya..
kesannya.. kita akan jadi sangat prejudis untuk mempercayai segala macam berita yang dilaporkan kepada kita.. hatta benar atau palsu.. makin sukar dibezakan..
jadilah kita nanti generasi yang hanya mengangguk kepala sahaja kepada berita.. sekadar mendengar tanpa ada komen tambahan.. setakat mendengar dan kemudian melepaskan berita itu pergi begitu sahaja..
bayangkan.. berita kematian.. andai dilaporkan.. tetapi kemudian ternyata tidak benar... hilang lah nanti perasaan hormat menghormati sesama kita nanti.. kerana keraguan berita yang disampaikan..
sama-sama kita didik diri kita supaya sentiasa mengutamakan dan mengejar kebenaran... yang benar tetap benar.. jadi sentiasalah kita berkata benar..
andai kita memutarbelit kebenaran maka kita akan sentiasa di dalam kerunsingan sebab kita terpaksa mencari jalan lain untuk menutup pembohongan yang telah dilakukan.. bayangkan betapa banyak pembohongan yang terpaksa dilakukan nanti.. cukuplah.. sama-sama kita bergerak ke jalan kebenaran.
No comments:
Post a Comment