Tuesday, April 21, 2015

Awetkan anak dengan harapan anak akan sembuh semula

Seorang kanak-kanak perempuan diawet setelah disahkan mati oleh doktor. Kematiannya disebabkan oleh kanser otak berukuran kira-kira 11 cm saiznya di dalam otaknya.

Keluarga kanak-kanak itu mengambil keputusan untuk mengawetkan jasad beliau dengan harapan kemajuan teknologi dapat membantu merawat anak mereka.

hmm.. teringat mumia yang diawet pada zaman kerajaan purba mesir.. sehingga kini dunia masih lagi berusaha merungkai kisah misteri di sebalik teknologi pengawetan yang sungguh hebat ketika itu. Dan kini kemajuan teknologi moden telahpun dapat mengenalpasti keturunan setiap mumia yang ditemui.. siap boleh buat simulasi rupa sebenar mumia tersebut.

hebatkan sejarah dunia. perasan tak, kemodenan teknologi hari ini bertitik tolak dari kejayaan penyelidikan ke atas perkara yang telah wujud sebelumnya..

berbalik kepada kisah kanak-kanak perempuan ni, mungkin akan dapat memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan dunia perubatan nanti..

tapi sebagai hamba Allah, sebagai seorang mukmin, kita wajib akur. setiap yang bernyawa pasti akan mati. hanya sebab musababnya lah yang membezakan hayat kita.. dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!