Dalam pada kurang sihat disebabkan batuk dan lelah, akak balik kampung jugak. Kebetulan abe nik berkursus. Jadi akak ambik cuti dan duduk kampung... tenangkan diri. balik kampung kan terapi minda. dapat jumpa mak, adik beradik dan anak sedara.
mak pulak bila tau kita ni sakit, datang kat kita tanya, "mari mak urutkan..".. aduhai.. kasihnya ibu.. memang tak kan sanggup tengok anak sakit. walaupun akak ni dah 40an dah tapi mak masih lagi jaga... Ya Allah, Kau kurniakanlah segala kebaikan dan ketinggian rahmatMu kepada ibuku yang sentiasa mengasihiku serta saudara-saudaraku.. dan sentiasa bersedia berkorban apa saja dalam apa jua keadaan anak-anaknya. Berilah balasan syurgaMu melalui mana-mana pintu yang ibu kehendaki. Amin.
Kepada yang masih mempunyai ibu, bersyukurlah kerana kita masih mendapat rahmat kasih sayang dan doa kebaikan daripada ibu kita.
No comments:
Post a Comment