Sunday, April 12, 2015

Lawatan Industri ke Epic dan Ranaco

Ari ni akak ngan students ada lawatan industri kat Epic, KSB Kemaman ngan Ranaco.

Akak jadi pengiring kepada 5 orang students CS. Jadi ada 20 orang students dan 6 orang pensyarah tambah ngan 4 orang staf.

wah.. layanan pihak industri memang superb and tip top la. 5 star gitu.

Yang tak tahannya lepas makan tengahari kat Epic, bila sampai kat Ranaco disediakan makan tengahari sekali lagi... aduhai... dari lipat dua jadi lipat tiga perut akak dik oooiii.. huhuhu..

Tapi bestlah.. bukan senang nak masuk ke KSB tu.. so dapat la tengok kapal-kapal keluar masuk..

dan kat Ranaco lak, dapat la tengok pelatih buat training terjun ke dalam kolam renang.. students siap dapat pengalaman masuk ke dalam bilik asap lagi.. survival kit untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran.

Sebenarnya ada banyak latihan yang dianjurkan oleh Ranaco yang sangat bermanfaat dan perlu direbut oleh remaja dan belia yang masih mencari peluang pekerjaan terutamanya di dalam industri oil and gas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!