Thursday, April 30, 2015

senggugut dan jamu

Hehe.. kali ni nak citer hal perempuan lak.. so kalu lelaki sedang baca ni harap dapat berenti baca sekarang dan surf la berita lain. hihihi..

kisahnya, best friend akak bulan ni datang dengan bawa senggugut lak.. sakit ngguh.. ingatkan dah hala ke senja ni dah hilang semua senggugut nih.. tapi ada jugak...aduhai..

so akak ni memang pengedar shaklee.. tapi belum pernah cuba lagi Gla Shaklee tu..

tapi ingat kali ni nak cuba makan jamu.. akak ni bukan peminat jamu.. pernah la try dulu.. last akak makan jamu kalau tak silap tahun 97-98 la gitu.. masa tu Nona Roguy la...lepas tu memang tak pernah try la jamu lain..

so sekarang ni rasa macam nak try jamu dulu.. browse punye browse kat web nampaknya yang femes ialah jamu susuk dara dan jamu seri bonda.. hmm...

semalam breakfast ngan farah.. cerita la kat dia pasal senggugut nih.. pastu terus dia promote jamu seri bonda nih.. rupanya farah dah makan dah jamu tu.. dan kesannya memang positif.. so dah ada testimoni terdekat yang boleh dipercayai kan, akak pun ode la satu botol ngan farah. nanti kita citer kesan dari makan jamu ni ye..

lepas makan jamu ni pulak akak akan makan Gla shaklee.. jadi boleh lah kita buat perbandingan di antara ke dua-dua produk ni... of course kedua-duanya ada kehebatan masing-masing kan.. jom kita share nanti.

Wednesday, April 29, 2015

Didakwa sengaja bakar rumah sendiri

Ini komen peribadi akak berkenaan kejadian yabg berlaku seperti yang dipaprkan di dalam artikel ni.

Dikatakan bahawa kebakaran berlaku disebabkan oleh penduduk sengaja membakar kediaman mereka semata-mata untuk mendapatkan kediaman baru.

hmmm...

ada ke macam ni.. akak rasa la.. tak de orang yang waras yang akan membakar rumah sendiri.. rumah tempat berteduh.. jadi kalau ada yang menuduh mereka ni sengaja membakar rumah sendiri tak tau lah... kalau tengok dengan mata kepala sendiri lain la kan..

tapi kalau kat area rumah setinggan tu akak macam banyak la dengar cerita yang mengatakan pihak developer sengaja membakar rumah penduduk setinggan supaya penduduk setinggan mudah tinggalkan tempat tu.. bila dah clear semua maka mudahlah developer bangunkan kawasan tu.. itu yang akak pernah dengar la..

ntah lah..

semoga Allah melindungi kita dari segala kejahatan manusia, dijauhkan kita dari segala musibah, sekarang dan akan datang. Amin.

Tuesday, April 28, 2015

Ambik video sambil dera bayi...

Akak terpanggil nak bagi ulasan kisah bayi yang didera di mana video tersebut tersebar sehingga menjadi viral di internet.

ada beberapa perkara yang ingin diperkatakan di sini.

1. dorongan kepada pendera
2. keinginan mendapat perhatian

kenapa seorang ibu sanggup mendera seorang anak? seorang bayi? yang sepatutnya disayang dikasihi dibelai sepenuhnya oleh seorang ibu?

jawabnya ialah kerana tekanan emosi. emosi ibu tersebut terganggu dan ibu tu tak dapat mengawal emosi dan perasaannya. bukan senang nk kawal perasaan kan. semua orang ada perasaan marah dan sememangnya bukan senang nak kawal perasaan marah kan.. jangan tak tau.. siap ada filem tau : "Anger Management"..

dan sesetengah orang pulak memang sukakan perhatian.. peliknya.. sambil pukul anak sambil ambik video.. memang pelik.. individu seperti ni memang perlu masuk kelas khas.. kelas mengurus tekanan perasaan.. jadi perlu bergaul dengan orang lain yang memberikan sokongan positif..
kan.. kan..
sama-sama kita muhasabah diri..

Monday, April 27, 2015

aduhai... migrain la pulak...

masuk keje ari ni.. memang bizi sungguh.. kemudian dok pandang skrin komputer berejam... sudahnya kepala dah naik pening... migrain dah..

petang kul 4.30 tadi akak masuk kelas dengan tangan sebelah dok gosok atas dahi... sampai susah nak bukak mata.. akhirnya akak cukupkan sejam je.. tak tahan dah... student lak memang bagus la.. tahu cikgu sakit kan.. memang behave betul lah.. haha.. bagus bagus..

akak terpikir jugak caner boleh migrain ni tadi.. apa yang akak makan tengahari tadi .. tadi akak makan nasi lauk ikan, ngan kerabu mempelam, ngan kangkung goreng, ngan kuah ikan masak tempoyak.. ngan sambal belacan of course.. tak tau lah mana satu yang tak kenanya.. kuah tempoyak tu kot.. tak pun kangkung kut.. sambal belacan kot.. ntah.. yang pasti sampai sekarang ni masih lagi migrain.. huwaaa...

baru je lumurkan minyak kapak cap kaki tiga kat kulit kepala.. fuh.. nyamannya.. lega jap.. nak tido dah.

Sunday, April 26, 2015

Di Hentian Temerluh tak sangka jumpa sepupu

On the way balik ke Dungun dari Shah Alam, akak singgah kat Hentian Temerluh. Abe nik park je kete terus akak keluar dan berlari ke tandas.. haha..

keluar dari tandas akak tunggu la abe nik kat area tempat duduk berdekatan.. baru je nak duduk akak perasan kelibat seseorang yang lalu depan akak.. kami kemudiannya sama-sama pandang memandang.. dan memang kami terkejut yang amat.. tak sangka boleh jumpa kat sini.. sepupu akak.. akak panggil Nora... namanya Noriani. Kawan-kawan lain panggil yannie.

sebab terkejut kan sampai riuh kejap kami dok menjerit.. haha.. ye lah.. setahun sekali je jumpa time raya lak tu.. 

so citernya, sepupu akak ni bersama ngan rombongan sekolah nak ke Gambang..

sempat lagi selfie.. hehe

Saturday, April 25, 2015

Restoren feberet akak kat Shah Alam

masa akak tinggal kat shah alam dulu akak memang selalu makan kat restoren sidah kat seksyen 7.

sempat la kenal dan sembang ngan anak tauke restoren tu. masa tu kalau tak silap umur budak lelaki tu pun dalam lingkungan 19 tahun gitu.

dan masa akak ke shah alam ngan abe nik baru-baru ning akak singgah kat restoren sidah. yang jaga kaunter bayaran masih lagi adik tu.. siap dia tanya kabar akak lagi.. lama tak datang katanya.. ingat lagi dia..

restoren sidah pun dah banyak berubah wajah.. makin happening. dan makin nampak selesa. kerusi meja pun memang kelas. tak macam restoren lain yang guna kerusi plastik tu.. restoren sidah ni memang kelas tersendiri.

selain restoren mereka juga buat catering jugak..  siap ada lot kedai sebelah khas untuk catering..

Friday, April 24, 2015

Meeting @ Shah Alam

Semalam (Kamis 23/4/2015) akak ada meeting kat UiTM Shah Alam. sebab meeting tu petang jadi akak bertolak ke shah alam pagi kamis. 4 jam lebih je dari Dungun. Lalu LPT2 yang baru bukak ni kalau rempit memang boleh jimat 1 jam la.

So dah alang-alang akak ke shah alam kan.. akak pun plan siap-siap nak stay kat seksyen 7, tempat shopping tu.. dekat area Jakel tu.. hehe.. so akak surf web dan call Tree Boutique hotel. tapi dah full. so akak surf lagi. dapat EV World hotel. so akak booked la.. nak checkin kamis dan checkout jumaat.

so ari kamis akak bertolak kul 8.30 pagi dan sampai dekat kul 1.30 petang. ye la.. berenti makan lagi kat hentian kan... pastu 2-3 kali jugak berenti kat stesen minyak sebab 'tuntutan alam' kan.. buang air la tu.. hehe..

so sampai je kat seksyen 7 kami cari ev hotel tu.. problem pulak dah.. rupanya staf yang ambik booking akak tu buat tempahan akak esoknya... la pulak dah.. dan pulak mereka dah takde bilik kosong lain.. huhuhu. so akak bgtau la akak ni dari jauh.. dah booked lak tu.. tu silap staf tu.. last-last mereka bagi satu bilik kosong yang ada kat depan.. akak mintak mereka bukak pintu bilik tu sebab nak tengok keadaan bilik tu... alahai.. nampak kecik je pulak..

so akak book dulu bilik tu.. dan bagitau yang akak nak turun tanya suami dulu.. kalau akak jadi ambik bilik tu akak akan datang balik tapi kalau tak jadi akak akan telefon.

so akak bincang ngan abe nik dan buat keputusan cari hotel lain dulu... so kami pusing dan park depan bangunan roshni yang ada food court tu. Akak pergi ke Tree boutique hotel just in case ada kosong. dan memang ada kosong. so kami checkin kat Tree boutique hotel tu. sebab nak yang ada window kan jadi harga $104. Tapi kalau weekend rate jade $128.. biasalah.. weekend ramai orang datang. sebab tu ada kedai kat situ yang tutup pada isnin. sebab weekend tu tersangat letih melayan pelanggan yang ramai kot.. hehe..

tapi kan.. dok kat hotel bajet ni kan.. kalau setakat 1 hari tu ok lagi.. tapi kalu nak duduk 2-3 hari baik cari hotel yang lebih selesa.. kenapa? sebab bilik memang sangggat kecik.. kalau shopping tu kan setiap kali balik shopping tak boleh bawak masuk bilik hotel. tak muat nak letak barang. kena terus bawak masuk ke dalam kereta.

tapi kelebihannya ialah sangat dekat ngan tempat shopping.. turun je dah boleh shopping kiri kanan..

hmm.... apapun pilihan di tangan kita..

Thursday, April 23, 2015

Sanggup mati untuk cantik

90% rakyat Malaysia sanggup mati untuk cantik.. ye ke.

ce tanya diri kita.. ye ke..

tak de lah..tapi semua orang nak cantik kan.

cuma nya kita sendiri kena pastikan apa yang kita makan perlulah yang sihat dan baik untuk kesihatan kita kan..

kalau yang memudaratkan tak payah la kan.. nanti nak kurus punye pasal tapi sakit lak yang dapat.. nak ke.. eii.. tak nak la kan..

Wednesday, April 22, 2015

Takkan malas sangat kot dik..

Kat sebelah rumah akak tinggal 3 orang penyewa bujang perempuan.

Yang sorang je yang mesra alam.. setiap kali kalau terserempak kat luar rumah memang ramah lah kami bertegur sapa. Lia namanya dan orangnya pun comel je. Malah kalau famili Lia datang pun memang mesra la siap datang sembang ngan akak dan abe nik.

Citernya, ada penyewa baru masuk. Dan masa akak kebetulan balik rumah, memang nampak famili that girl datang tinjau rumah tu. Akak turun kereta nam bukak pintu pagar dan sempat la pandang kat mak ayahnya sambil senyum. Akak kan mudah mesra kan kan.. tapi setakat senyum la kat mak nya.. tapi tak de lah mak nya datang nak sembang nak tanya kabar ke.. ye lah.. adat masuk kampung orang kan.. sekurang-kurangnya tunjukkanlah kemesraan kan.. lagi lak, anak nya jadi jiran akak kan..

macam Lia, mak ayah nya siap pesan lagi.. nanti tolong tengok tengok kan Lia.. ala.. bukan kita jadi babysitter dia pun kan.. tapi adat kita memang macam tu kan.. dan lagi kita kan tinggal bermasyarakat kan.. jadi cuba-cubalah  buat kawan kan..

ok. tu satu hal la kan.. akak tak kisah pun.. ko senyum akak pun senyum la. kan.. apa susah.. senyum je pun.. latihan mulut kan..hehe.. ko tak senyum  akak pun tak kisah.. tak luak pun tenaga nak balas senyum balik kan.. haha..

ok. k..

so pasal penyewa perempuan yang baru ni, akak perasan budak ni kan bila keluar rumah memang dia tak tutup pun pintu pagar rumah sewanya. Bukan apa.. kat kawasan akak ni memang kawasan kampung.. jadi kalau setakat kambing lembu ayam itik memang tak heran la.. setiap hari boleh tengok..

bila akak bagitau kak abe nik pasal jiran baru perempuan yg tak tutup pintu pagar tu, abe nik pun perasan gak perkara sama..

yang best nak tau abe nik cakap apa? " BUDAK TU MALAS! TUTUP PINTU PAGAR PUN MALAS..HMM.."

nah ko.. nasib la dapat jiran malas..

Tuesday, April 21, 2015

Awetkan anak dengan harapan anak akan sembuh semula

Seorang kanak-kanak perempuan diawet setelah disahkan mati oleh doktor. Kematiannya disebabkan oleh kanser otak berukuran kira-kira 11 cm saiznya di dalam otaknya.

Keluarga kanak-kanak itu mengambil keputusan untuk mengawetkan jasad beliau dengan harapan kemajuan teknologi dapat membantu merawat anak mereka.

hmm.. teringat mumia yang diawet pada zaman kerajaan purba mesir.. sehingga kini dunia masih lagi berusaha merungkai kisah misteri di sebalik teknologi pengawetan yang sungguh hebat ketika itu. Dan kini kemajuan teknologi moden telahpun dapat mengenalpasti keturunan setiap mumia yang ditemui.. siap boleh buat simulasi rupa sebenar mumia tersebut.

hebatkan sejarah dunia. perasan tak, kemodenan teknologi hari ini bertitik tolak dari kejayaan penyelidikan ke atas perkara yang telah wujud sebelumnya..

berbalik kepada kisah kanak-kanak perempuan ni, mungkin akan dapat memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemajuan dunia perubatan nanti..

tapi sebagai hamba Allah, sebagai seorang mukmin, kita wajib akur. setiap yang bernyawa pasti akan mati. hanya sebab musababnya lah yang membezakan hayat kita.. dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

Monday, April 20, 2015

Meninjau perfum baru..

hmm... perfum akak dah hampir habis dah ni.. sekarang ni akak sedang menghabiskan wangian white musk dari Body Shop...hehe..

Sebelum ni akak memang fanatik dengan jenama CK dan Elizabeth Arden. Wangis sangatttt. I like I like. Tapi seingat akak la time tu akak dah lama tak pergi ke Sogo jadi kebetulan dah habis supply so akak beralih kepada Body Shop sebab tak pernah cuba perfum dari Body Shop nih. so far ok lah.. nak cakap apa lagi kan.. dah beli pakai je la kan.. janji wangi hehe... 

So sekarang dah nak habis botol body shop ni akak pun tinjau-tinjau lah alternatif cadang nak beli la nanti. Of course akak surf lazada.com la hehe..

so memang dah handpick dah mana yang berkenan. Tapi kan, kemudian akak browse untuk dapatkan pandangan blogger tentang perfum yang paling wangi.

Sehinggalah sorang blogger ni cerita pasal minyak wangi kayu gaharu. hmm..

cari punya cari maklumat maka dapatlah tengok kat fb Tuan Ariffin yang mengusahakan bisnes minyak wangi berasaskan gaharu ni.

Dan dikatakan minyak wangi ni sangatlah wanginya.. dan tahan lama lak tu. hmm... cari punya cari akak dapat la maklumat minyak wangi untuk wanita yang dikatakan wangi iaitu Puteri Asmara. hmmm.. macam teruja la pulak nak try.

Kenapa? Sebab of course halal dan dengan tenangnya boleh dibawa sembahyang tanpa was-was.

hmm.. so akak macam 80% ada keinginan nak cuba Puteri Asmara nih. Tinggal 20% je lagi nak tengok semula perfum kat lazada tu..hmm.. tak leh jadi ni.. ok confirm. sekarang ni dah 100% nak cuba Puteri Asmara! hehe..

Nanti nak order. Bila akak dah pakai kang nanti akak bagi testimoni ye. Tungguuu..

Sunday, April 19, 2015

Usahawan Kelapa Muda

wah.. tengok gambar kelapa muda yang berangkai dan rendah pulak tu memang amat mengujakan. Ni adalah foto ehsan dari seorang kawan akak yang mengusahakan tanaman kelapa. Memang berbaloi-baloi la. Apa taknya, nak kelapa muda boleh petik terus, tak perlu nak panjat-panjat tiang kelapa tu. Macam nak gi ambik kunyit halia kat belakang rumah. Time tu nak pakai time tu jugak boleh pergi gali kat belakang rumah.

Sapa yang ada tanah dan rajin mengusahakan tanah memang akan dapat pulangan la.

Sekarang ni  kemodenan menyaksikan tanah makin berkurang disebabkan memberi laluan kepada pembangunan projek-projek perumahan dan pusat-pusat komersil untuk manfaat manusia kan. Kita lak dah duduk rumah bertingkat yang dinamakan kondominium. Memang tak bertanah. Tanah yang ada perlu digunakan untuk letak kenderaan dan jugak tanam pokok-pokok bagi membekalkan oksigen yang diperlukan untuk kita.

Tapikan, berapa banyak sangat la pokok-pokok yang ada kat bandar kan? Orang punya la ramai. Cukup ke oksigen yang dikeluarkan oleh tumbuh-tumbuhan tu untuk kelangsungan kehidupan kita? Makin tinggi tingkat rumah kita kat kondominium tu entah-entah makin jauh dari pokok-pokok yang mengeluarkan oksigen kan..

so pastikan sekurang-kurangnya ada jugak la tanam pokok bunga kat tepi rumah ke.. kat dalam rumah ke.. kan.. buat kita jugak. sumber oksigen semulajadi kan kan.. hehe..

sebab tulah, sapa yang duduk kat kampung memang terasa begitu nyaman dan tenang kan...bukti cukup oksigen.hehe.. sebab dikelilingi oleh pokok-pokok yang banyak. kan kan..

Saturday, April 18, 2015

rahsia air limau nipis

semalam abe nik balik dari berkursus. on the way balik ke rumah abe nik terlebih dulu menghantar kawannya En Zul yang tumpang naik satu kereta ngan abe nik.

so bila abe nik sampai, dikeluarkannya 4 batang tebu serta buah limau nipis yang sangat banyak.

dah akak pun tengah batuk sampai ada kahak, jadinya akak cuba la minum air limau nipis ngan air panas suam tambah sedikit gula. ahhh... bestnyer..

dan akak perasan yang batuk akak dah lega sket. ni dah masuk hari ke dua akak amalkan minum air limau nipis tu.. dan tadi memang kes extra vaganza la pulak.. apa taknya.. dalam kul 7 gitu akak minum air asam jawa yang dalam botol tu..memang heaven la.. sejuk la tu.. uiii... tak terkata best nyer.. kemudian kul 8.30 akak sempat buatkan air nescafe utk adik akak yg datang makan. dah buat air kan, mestilah nak kena rasa jugak kan.. so akak minum nescafe sket tadi... takde la banyak.. 2-3 sudu je pun.. dah namanya nak rasa manis ke tak je.. oklah.. dan dalam kadar 10 minit lepas tu akak minum air limau nipis akak..

ternyata dalam masa tak sampai 15 minit waduh.. perut akak punya la meragam.. mak aii... memang jawapannya kena ke tandas lah.. tu la.. habis semua air ko minum.. padan la muka yang cun kan.. huhuhu..

so kalau sapa-sapa yang ada masalah buang air ke.. atau dah seminggu tak buang air ke... memang wajib cuba la.. tu testimoni sebenar dari akak sendiri tu.. haha..

tapi air limau nipis ni memang mujarab untuk buangkan lemak kan.. selain dari untuk buangkan kahak ada banyak lagi kebaikannya.

even sekarang ni kalau untuk bayi baru lahir je kan, dah ramai ibu-ibu yang amalkan ni untuk buangkan kahak serta lendir dalaman bayi yang belum habis dikeluarkan.

so biasanya bayi akan diberi minum sesudu perahan limau kasturi atau limau nipis. tak sampai 20 minit bayi akan memuntahkan segala kotoran dari dalam perutnya... ni untuk elakkan bayi lelah disebabkan kahak yang banyak yang belum berjaya dikeluarkan.

Friday, April 17, 2015

balik kampung.. terapi minda

Dalam pada kurang sihat disebabkan batuk dan lelah, akak balik kampung jugak. Kebetulan abe nik berkursus. Jadi akak ambik cuti dan duduk kampung... tenangkan diri. balik kampung kan terapi minda. dapat jumpa mak, adik beradik dan anak sedara.

mak pulak bila tau kita ni sakit, datang kat kita tanya, "mari mak urutkan..".. aduhai.. kasihnya ibu.. memang tak kan sanggup tengok anak sakit. walaupun akak ni dah 40an dah tapi mak masih lagi jaga... Ya Allah, Kau kurniakanlah segala kebaikan dan ketinggian rahmatMu kepada ibuku yang sentiasa mengasihiku serta saudara-saudaraku.. dan sentiasa bersedia berkorban apa saja dalam apa jua keadaan anak-anaknya. Berilah balasan syurgaMu melalui mana-mana pintu yang ibu kehendaki. Amin.

Kepada yang masih mempunyai ibu,  bersyukurlah kerana kita masih mendapat rahmat kasih sayang dan doa kebaikan daripada ibu kita.

Thursday, April 16, 2015

alahai.. bila badan tak sihat.. fikiran pun mamai..

bila dah badan tak sihat ni bukan main lagi... minda pun tak leh pikir ngan betul..

akak teringat kisah ari isnin lepas.. sebenarnya hari ahad dan isnin akak ada kelas pagi, 8-10 pagi.. so pagi isnin tu akak terus la masuk kelas.

sampai kat kelas akak bukak pintu dan terus masuk.. akak bagi salam. tapi student akak la akak tengok macam terpegun seketika.. student yang kat depan kata, "eh madam.."

akak pulak terus potong cakap, "napa?".

kemudian akak melangkah dua langkah ke depan untuk terus ke meja. Masa melangkah tu akak baru tersedar. Akak pun cakap kat student, "eh saya silap kelas kan!" Student terus cakap," ye madam. Kami kelas ent.." huhuhu..

Dengan kontrol ayu, akak plastikkan senyum dan terus keluar. haha.. on the  way keluar, akak terserempak dengan kawan akak yang baru nak masuk ke kelas tu.. haha.. akak bagitau je dengan selamba, "kak izan silap kelas hehe.."

Dan petangnya pulak kelas akak ngan kumpulan student tadi... haha..

so petangnya akak bagitau student akak itulah jadinya bila badan dan mental kurang sihat.. haha..

dan itulah first time akak silap masuk kelas sepanjang mengajar. haha..

ni bukan apa tau.. sebab ahad semalamnya tu kan akak pergi buat lawatan industri ke kemaman kan.. jadinya tulah.. keliru lah sket.. hehe..

sabo je la..

Tuesday, April 14, 2015

aduhai... lelah la pulak...

hari isnin akak dah mula selsema.. bersin memanjang.. aduhai..

apa taknya.. hari ahad tu masa gi ke kemaman tu ambik gambo tengah tengah panas.. sampai berkelip berpinau mata ni ha.. habis cair semua hingus.. hehe..

ari selasa semalam.. dah lelah.. pagi semalam pergi klinik rakyat sedut gas nebulizer.. huhu.. baru lega sket.. mc la semalam. dok kat rumah tidur je la..

ari ni rabu masih lagi lelah..huhuhu.. abe nik tanya nak gi klinik sedut gas lagi tak.. akak cakap tak mau lah.. akak guna inhaler je la dulu.. lega la sket.

memang masa sakit masa badan tak sihat ni kan.. memang kena rehat la kerjanya.. maksudnya kena banyak tidur la kan.. haha..

Monday, April 13, 2015

Ranaco -pusat pembelajaran sehenti untuk menyokong keperluan tenaga kerja industri

Akak nak share mengenai company Ranaco ni.

company ranaco ni berperanan besar dalam menyediakan latihan-latihan khusus bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir separa mahir di dalam industri seperti oil and gas.

terdapat banyak kursus jangkamasa panjang (3-4 tahun), jangkasama pendek (3-4 bulan) serta latihan 1-2 hari yang merangkumi pelbagai kemahiran.

dengan sijil kemahiran yang diperolehi dari ranaco ni memang boleh buat duit la kata orang.

yang berminat boleh lawati website ranaco group of companies.

Sunday, April 12, 2015

Lawatan Industri ke Epic dan Ranaco

Ari ni akak ngan students ada lawatan industri kat Epic, KSB Kemaman ngan Ranaco.

Akak jadi pengiring kepada 5 orang students CS. Jadi ada 20 orang students dan 6 orang pensyarah tambah ngan 4 orang staf.

wah.. layanan pihak industri memang superb and tip top la. 5 star gitu.

Yang tak tahannya lepas makan tengahari kat Epic, bila sampai kat Ranaco disediakan makan tengahari sekali lagi... aduhai... dari lipat dua jadi lipat tiga perut akak dik oooiii.. huhuhu..

Tapi bestlah.. bukan senang nak masuk ke KSB tu.. so dapat la tengok kapal-kapal keluar masuk..

dan kat Ranaco lak, dapat la tengok pelatih buat training terjun ke dalam kolam renang.. students siap dapat pengalaman masuk ke dalam bilik asap lagi.. survival kit untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kebakaran.

Sebenarnya ada banyak latihan yang dianjurkan oleh Ranaco yang sangat bermanfaat dan perlu direbut oleh remaja dan belia yang masih mencari peluang pekerjaan terutamanya di dalam industri oil and gas.

Saturday, April 11, 2015

Melawat anaknda di hostel

ari ni akak dan abe nik gi melawat anaknda tersayang kat hostel.

semalam anaknda dah tanya nak datang kul berapa. Akak bgtau pagi la..
so kami bertolak dari kampung la. sebab semalam hari jumaatnya mak adakan majlis tahlil. Jadi pagi ni kami dari kampung. Perjalanan pun lebih kurang sama je la. Dari Dungun ke Durian Mas tu hanya lebih kurang 45 min, sama dari KBrang ke Durian Mas. Kalau lalu ikut hiway la.

macam biasa la. bila sampai akak la kena panjat tangga tingkat 3.. pergi panggil anaknda. ish.. tepon ada tapi cikgu benarkan ambil sekali seminggu je.. hari selasa je. so hari selasa je la pelajar nak maklumkan sebarang makluman kpd mak ayah.. jadi bila mak ayah nak datang hari jumaat atau sabtu ke memang dah kena janji dulu nak datang kul berapa. kalau tak janji dulu pukul berapa memang kesian la kat mak ayah.. especially kalau tak de pelajar lain kat situ yang boleh bantu panggil anak anak kita.

Tadi pun ada sorang ayah yang ke sana ke sini menunggu anaknya datang. kesian la kan.. nak call telepon lak warden pegang. hmm... kesian..

Friday, April 10, 2015

kami tak terima pelawat!

akak sambung cerita semalam.

so kami sampai kat hospital SNZ pukul 1 tghari. Waktu melawat kat hospital setiap hari adalah dari jam 12-2 tghari manakala sebelah petangnya pula dari jam 5-7 ptg. Kalau hari Jumaat Sabtu pulak dari jam 11-2 tghari dan dari jam 4-7 ptg sahaja.

saudara akak ni sebenarnya disahkan terkena kencing tikus. Beliau juga ada kencing manis. Jadi setakat yang akak dengar memang sangat berbahaya la penyakit kencing tikus ni terutamanya kepada pesakit kencing manis.

saudara akak ni sehinggalah entry ini ditulis, sekarang masih lagi berada di wad ICU dalam keadaan koma.

so akak ngan abe nik naik lif untuk ke tingkat 3, unit icu. Memang ramai la orang yang sedang menunggu giliran nak masuk melawat pesakit. Dan untuk masuk tu hanya 2 orang sahaja dibenarkan melawat pesakit pada satu-satu masa.

jadinya akak dan abe nik berjumpa dengan staf yang menjaga pas lawatan kat situ. Bila dimaklumkan nama pesakit, beliau mencari nama di dalam buku daftar nama terlebih dahulu. kemudiab beliau akan menyemak pas lawatan samada berada di atas meja ataupun tidak. Sekiranya pas lawatan tiada di atas meja makanya pelawat masih berada di dalam wad icu dan masih belum keluar.

so akak dan abe nik tunggu kat luar.. sambil-sambil tu mata asyik melilau melihat nombor pas yang dihantar. Kalau pas tu ada nombor 10 makanya akak dan abe nik akan terus boleh masuk dan dapatkan pas tersebut dari pelawat sebelumnya..

sehinggalah 30 minit berlalu. akak dah letih berdiri dah.. akak pikir la kan.. takkan la lama benor pelawat tu gi melawat pesakit.. tu kan wad icu.. kejap kejap dah la.. so abe nik kemudiannya pergi la tanya staf tu.. kot-kot staf tu boleh maklumkan kepada pelawat di wad 10 supaya dapat bagi peluang orang lain melawat pesakit.

hmm... staf tu kemudiannya datang bagi jawapan, "keluarga pesakit tak nak terima pelawat!"

uih.. memey rasa geram la jugak kan..  kot ye pun bagilah peluang pelawat masuk jumpa pesakit sekejap pun jadilah.. adat sesama kita kan.. orang sakit kita ziarah.. sambil tu kita doakan pesakit supata cepat sembuh kan..

lagi satu.. memang kesian la kalau ada pelawat yang datang dari jauh semata-mata nak melawat pesakit kan.. macam akak ngan abe nik ni, setakat datang dari dungun ke kuala terengganu akak tak de lah kisah sangat kan.. tapi bayangkan kalau ada saudara lain yang jauh datangnya.. dari melaka ke.. hanya untuk melawat pesakit.. huhuhu...

dah lah tunggu setengah jam.. hmm..

sebenarnya kita faham. mungkin keluarga pesakit bimbang kesihatan pesakit bertambah buruk sekiranya menerima pelawat yang ramai. tapi kan.. bayangkan.. dengan berjumpa dengan orang lain yang sudi datang melawat beliau, bukan sahaja didoakan supaya beroleh kesihatan yang lebih baik malah turut mendapat kata-kata semangat untuk bangkit meneruskan kehidupan. kan kan.

dan bila kita datang melawat saudara mara ke kawan-kawan ke ahli keluarga ke.. itu menunjukkan yang kita prihatin dengan keadaan mereka dan mereka berada di tempat yang khas di dalam hati kita.

Tapi dah kalau keluarga pesakit tak nak terima pelawat nak buat macanana kan. Kita hanya mampu menerima sahaja la kan.

anyway, kami tetap mendoakan semoga pesakit sembuh dari pesakit yang dihidapi seterusnya beroleh kejayaan yang gemilang di dunia serta akhirat.

Thursday, April 9, 2015

makang kepok lekor kat pulau kerengga

ari ni akak ngan abe nik menghala ke kuala terengganu sebab nak melawat saudara yang koma yang sekarang ni berada di hospital SNZ.

plannya kami masuk time tengahari kul 1 gitu. so sebab lambat lagi nk sampai kul 1 kami drive pelan-pelan je la.. pastu kami berenti makan kepok lekor jap.. wah.. panas-panas... memang terbaik la.. pulak tu nun di sebelah sana nampak air laut biru yang sungguh menenangkan jiwa.. dengan angin sepoi sepoi bahasanya lagi.. bahasa angin kan.. haha.. tapi memang best la makang kepok..

Wednesday, April 8, 2015

keperluan zinc dalam badan kita

vitamin dan mineral sangat penting bagi kelangsungan kesihatan tubuh badan kita. ibarat sebuah kereta. memerlukan penjagaan enjin, tayar dan sebagainya.. begitulah perlunya badan kita kepada vitamin dan mineral.

salah satu mineral yang diperlukan badan adalah zink.

so akak baru nak mulakan pengambilan zink ni. untuk tujuan apa? untuk rawatan rambut gugur.. aii.. dah senja ni kan... rambut pun dah tinggal sikit.. hahaha.. gelak sket.. haha... padahal stress giles sebab rambut nih... kalau asyik gugur je alahai... nanti kan kena gi wak rawatan kat yun nam haircare lak..

so kita cuba la dulu rawatan dengan zink ni. banyak testimoni pasal zink yang membantu masalah rambut gugur ni..

so akak jadi testimoni untuk rambut gugur.. nanti akak update kesannya nanti.. wokey..

Monday, April 6, 2015

Pelajar cemerlang... jom masuk U..

itu ari akak ada jaga booth. sempena program jom masuk U.

jadinya program ni tujuannya adalah untuk menarik pelajar-pelajar lepasan SPM supaya meneruskan pengajian ke peringkat universiti.

so setiap pelajar lepasan SPM yg datang kat booth kita orang akan pergi check dulu untuk melihat mana-mana jurusan yang layak.

ada seorang pelajar ni memang akak sungguh kagum dengannya. straight A student tu... Anas namanya.. kecik je orangnya.. masa sembang ngan akak memang menyerlah wawasannya. Hebat betul lah..

disebabkan result yang cemerlang tu  akak cadangkan Anas apply program untuk ke luar negara.. kat intec. harapnya ada peluang cerah untuk Anas.

akak doakan Anas dapat sambung pengajian ke luar negara dalam bidang yang diminatinya.

Sunday, April 5, 2015

Artis dan Dadah..

sudah banyak berita mengenai penyalahgunaan dadah oleh golongan artis.. dan mereka ini mendapat perhatian yang meluas di media massa disebabkan status dan populariti mereka di mata masyarakat.

terkini berita mengenai mamat bekas anggota kumpulan exist yang didenda disebabkan kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

mamat baru sahaja memenangi pertandingan nyanyian Gegar vaganza... di mana beliau memenangi tempat ke 3 yang melayakkan beliau memenangi sejumlah wang yang bukan sedikit...

namun mungkin nasib tidak begitu menyebelahi mamat di dalam kehidupan... beliau masih lagi dilihat terbabit dalam gejala dadah ni..

sapa yang perlu dipersalahkan? memang senang untuk menuding jari kepada mamat seorang kan... kerana sebenarnya kekuatan individu melawan hawa nafsu lah yang diperlukan untuk terus bangkit terus melangkah ke hadapan..

pada masa yang sama golongan ini juga memerlukan sokongan berterusan kaum keluarga.. senang cakap kan... yelah... mana la kita sebagai ahli keluarga sabar nak melayan golongan seperti ini yang ibaratnya macam sampah masyarakat kan..

tapi kalau tak nak bagi sokongan moral pun jangan lah dihina mereka ini.. tak perlu dihina dicaci mereka sebab apa jua kejadian yang menimpa manusia hanya Allah yang merancangnya sebegitu rupa..

apa kata daripada kita bersikap mangadili mereka seolah olah kita ini sahaja la manusia yang baik yang pernah hidup di mukabumi Allah ini, ada baiknya kita turut sama mendoakan golongan lain yang kurang bernasib baik supaya mereka ini nanti lebih baik kehidupannya seperti kita.. supaya mereka juga diberi hidayah oleh Allah .. supaya mereka ini berubah kehidupannya ke arah yang lebih baik yang dapat memberi kebaikan kepada manusia lain.

sama-sama kita muhasabah diri.

Saturday, April 4, 2015

Pulut lepe panas... terbaik!

ada sapa-sapa yang rasa nak makan pulut lepe panas yang sedap sangattt? haha.. meh sini nak citer..

akak baru je lepas beli pulut lepe ni... makan pulut panas-panas dalam kereta  weh... berebut-rebut... memang sedap betul la pulut tu.. abe nik yang tak berapa gemar makan pulut pun boleh habis sampai 5-6 biji.. akak ngan durra memang jangan kira la... tak terkira banyaknya makan.. kakakaka...

oh macam dengar dengar je ada yang tanya.. kat mana? o ok.. dekat kampung padang pulut... kalau tak silap kg bukit merah kot.. tapi memang tepi jalan je.. confirm nampak la signboard tu..

cuba lah.. tapi jumaat tutup ye... dan gerai tu buka sebelah petang je...

Thursday, April 2, 2015

Awesome news.. yet not the truth..

Beberapa hari lepas heboh kisah mengenai sorang pelajar form 3 kot.. yg dikatakan mencipta sejenis aplikasi komputer yang dapat melakukan penterjemahan..

dan dilaporkan juga bahawa aplikasi tersebut mendapat perhatian syarikat gergasi perisian dan teknologi dunia iaitu Google..

walaubagaimanapun Google telah menafikan mengenai kebenaran perkara ini.. rupanya ianya hanyalah spam... hmmm.... apabila cerita boleh direka tanpa memikirkan kesahihannya.. inilah jadinya..

kesannya.. kita akan jadi sangat prejudis untuk mempercayai segala macam berita yang dilaporkan kepada kita.. hatta benar atau palsu.. makin sukar dibezakan..

jadilah kita nanti generasi yang hanya mengangguk kepala sahaja kepada berita.. sekadar mendengar tanpa ada komen tambahan.. setakat mendengar dan kemudian melepaskan berita itu pergi begitu sahaja..

bayangkan.. berita kematian.. andai dilaporkan.. tetapi kemudian ternyata tidak benar... hilang lah nanti perasaan hormat menghormati sesama kita nanti.. kerana keraguan berita yang disampaikan..

sama-sama kita didik diri kita supaya sentiasa mengutamakan dan mengejar kebenaran... yang benar tetap benar.. jadi sentiasalah kita berkata benar..

andai kita memutarbelit kebenaran maka kita akan sentiasa di dalam kerunsingan sebab kita terpaksa mencari jalan lain untuk menutup pembohongan yang telah dilakukan.. bayangkan betapa banyak pembohongan yang terpaksa dilakukan nanti.. cukuplah.. sama-sama kita bergerak ke jalan kebenaran.

Bila ibu bapa dah mula tinggalkan anak... buang anak kat mana-mana...

Dalam surat khabar ari ni ada berita mengenai seorang kanak-kanak berumur 3 tahun dan seorang bayi berumur 5 bulan.. yang ditinggalkan oleh penjaga mereka.. aduhai... zaman sekarang ni mak ayah boleh main tinggalkan anak mereka kat mana-mana je.. tinggal kat stesen minyak ke.. tinggal kat supermarket ke... hmm.. tinggal terus.. mak ayah balik rumah buat tak tahu... aduhai..

sebab tu lah zaman sekarang ni jugak ramai mak ayah yang dibuang anak... hmm

Ya Allah.. ampunkanlah dosa kami. Berikanlah kami petunjuk ke jalan kebenaran Ya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!