Thursday, April 17, 2014

Pembakaran Hutan di Dungun.. jerebu buatan manusia

Sejak bulan 3 sampai bulan 4 ni, tak habis-habis jerebu.. pagi-pagi kalau bukan pintu rumah memang kalah la kabus kat puncak gunubg Everest tu..  seputih awan lah.. sampai kalau sidai baju kat luar memang bau asap la jawabnya.. tak kiralah kalu dah letak softlan sebotol ke, memang bau asap tetap lekat kat baju.. memang tenshenggggggg bangatttt..

kisahnya, ada segelintir manusia yang melakukan pembakaran terbuka kat hutan sana.. yelah, sementara cuaca panas kan.. jadinya mereka pun ambik kesempatan nak lapangkan hutan.. mungkin nak buat penanaman semula ke apa ke tak tau lah.. bila ditanya "nanti kan melarat api tu sampai kat rumah orang kan camana?".. jawab mereka sungguh mudah.."Bomba kan ada!".. aduhai... mereka tak tau pasukan bomba dah bekerja siang malam nak padam api sana sini.. kesian pasukan bomba.. semoga Allah melimpahkan pahala yang banyak buat pasukan bomba yang melakukan kerja dengan ikhlas.

Gambar ni akak ambik sepanjang ke Gong Balai.. akak pegi kedai makan roti tempayan kat sana... jadi sepanjang perjalanan tu memang boleh nampak la asap berkepul-kepul banyaknya..


Ni gambar yang skala besar sket lahh.




Di saat tengok asap tu, dalam hati memang terdetik, "manusia dah tak pikirkan kesannya.. kita dok bercakap pasal global warming lah.. ozon lah.. ais kat artik cair lah.. Bangkok boleh tenggelam lah kalu masih ada lagi yang buat pembakaran terbuka.. " nampaknya masih ada yang tak kisah dengan semua perkara tu..

Dan ini adalah kesannya yang turut dirasai oleh semua manusia.. semoga Allah melindungi kita dari segala keburukan yang datangnya dari kita sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!