Sunday, April 20, 2014

Orang Islam sendiri bantah laungan azan! Masya Allah.... ketahui citer sebenar..

Rupa-rupanya ada citer sebenar disebalik laporan polis ni..

Dikatakan pakcik ni yang memang merupakan seorang kariah kat masjid tu dah pun tegur mengenai bunyi speaker yang terlalu kuat.. tapi tak diendahkan oleh AJK masjid..

sudahnya pakcik ni buat report polis..

isunya, kalau dah ada AJK masjid, kenapa AJK masjid tak ambik cakna hal2 macam tu ye?

Apa salahnya kalu diperlahankan sket volume speaker tu ye? 

Islam itu indah.. Islam itu cantik..  dah keindahan dan kecantikan terletak dalam semua aspek kehidupan.. faktor bertimbangrasa, menerima teguran, memikirkan kesan baik kepada semua ahli masyarakat adalah aspek yang indah dan cantik yang diajar Islam.

Sama-sama kita ambik iktibar.

********** entri sebelum ****

Seorang ahli Pas seumur hidup membuat laporan polis membantah laungan azan ketika waktu Subuh di masjid berdekatan rumahnya.

Masya Allah.. ada jugak orang Islam macam ni.. kalau tengok rupa, bukanlah budak umur 2 tahun, tapi orang kata, "rumah kata pergi kubur kata mari.."

Kalau ye pun terlalu kuat, patutnya pergi je lah bagitau kat AJK masjid mintak pelan kan sket speaker kat masjid tu.. ni sampai report polis,.. alangkah kurang bijak dan kurang waras pemikirannya.. sedangkan kita selalu dengar, berapa ramai orang yang merasa sangat syahdu apabila mendengar laungan azan subuh.. sangat indah bunyinya.. tak de yang boleh ganti dengan lagu-lagu lain masa subuh tu.. lagi satu, tak sampai 5 minit pun.. hmmm..

Jadi sama-sama kita muhasabah diri, sanggup ke kita membantah laungan memuji Allah? masya Allah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!