Saturday, April 12, 2014

Macam-macam manusia ni.. Ada jugak nak jadi setan

Sumber: HarianMetro 13 Feb 2014


Sumber
 


Gila: Manusia Nak Jadi Syaitan (sumber)

Lelaki ‘syaitan’
London: Seorang bekas pengawal keselamatan sanggup menjalani beberapa siri pembedahan kosmetik yang menyakitkan untuk menjadikannya kelihatan seperti “syaitan.”
Dengan imej lidah bercabang, gigi taring tajam dan tanduk di dahi, Diablo Delenfer, 43, yang berasal dari Kent, kini kelihatan seperti Lucifer yang menakutkan.
Delenfer yang menggelar dirinya ‘artis pengubahsuaian tubuh’ kini berusaha untuk memasang implan besi yang dilekatkan dengan skru pada tengkorak kepalanya bagi mendapatkan imej syaitan bertanduk yang lengkap. 
Memandangkan ‘pengubahsuaian tubuh’ tidak dibenarkan undang-undang United Kingdom (UK), keseluruhan pembedahan itu dilakukannya tanpa bius.
 
Ya Allah, macam-macam pemikiran manusia ni.. apa yang diaorng pikir ye.. kena buat kajian mengenai pemikiran golongan ni..

 

Ya Allah, Kau jauhkan kami dari syaitan yang direjam. Kau tunjukkanlah kami jalan kebenaran yang membawa kami ke syurga-Mu Ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!