Wednesday, April 23, 2014

Semua dok jaga badan skrg nih.. makan oat je?

Masa balik kampung itu hari, adik akak bagi satu bungkus oatchoco ni.. katanya makan satu dah kenyang dah.. so faham-faham la kan.. kalau dah kenyang makanya kurang la makan kan.. jadi cepat la sket kurus kan.. kan.. kan..

sebab rasanya sedap, akak pun beli la dalam skala yang besar.. siap durra pun order sekali.. kat asrama dia pun budak-budak dok makan nih.. aii semua nak jaga badan ke..

kemudian esoknya akak bawak la satu bungkus untuk bekal kat ofc.. yelah, ofc tgkat 2, kekadang tu males nak turun makan, jadi nye ada la bekal kan..

lepas punch card, akak pun berlenggang la sambil memegang plastik oatchoco ni. kemudian terserempak la ngan 2 orang kawan, semua tanya beli kat mana, berapa harga.. akak pun macam heran la kan..napa diaorng tanya cam tu..

rupanya oatchoco ni dah jadi fenomena.. siap akak-akak makcik-makcik adik-adik kat situ bawak bekal dalam handbag lagi... wah.. sampai gitu sekali.. kisahnya..

kemudian yg bestnya bila bab harga..

ada yang beli ngan harga RM14.. wah mahal tu.. akak beli RM 9.80 je kat Dungun.. tapi masa beli kat KT harga kat kedai tu 8.50 je..

rasanya? sedappppp...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!