Thursday, April 10, 2014

Mangkuk tingkat - evolusi keperluan manusia

Hari ni ada sisipan dalam surat khabar Metro.
Mengenai penghantaran makanan tengahari..

 

kalau kat India memang dah jadi budaya dia orang kat sana.. memang pekerja-pekerja penghantar mangkuk tingkat ni sangat ramai kat India.. dipanggil dabbawala kalau kat India.. sampaikan pengusaha mangkuk tingkat ni memang kaya raya lah.. Setiap hari di Mumbai, sebanyak 5000 kotak mangkuk tingkat ini dihantar.. wah, ramainya pelanggan mereka..
 

Di Malaysia, bisness mangkuk tingkat ni baru je 5 tahun diperkenalkan.. seperti dipaparkan di BeritaHarian..




 

Sebenarnya banyak kelebihannya bisness magkuk tingkat ni
  1. penggunaan mangkuk tingkat ni lebih mesra alam berbanding polisterin.
  2. makanan yang disimpan dalam mangkuk tingkat lebih selamat berbanding dalam polisterin dan plastik yang dikatakan mengandungi racun
  3. bagi pekerja di pejabat pula, mereka tidak perlu keluar pejabat, hanya order makanan dan makanan akan dihantar terus ke pejabat. kan ke mudah?
  4. dapat menjimatkan masa keluar makan.. masa nak cari kedai makan..
  5. bila dah ramai makan kat pejabat, boleh mengeratkan ukhwah sesama pekerja kan..
  6. pastu boleh bajet duit makan sebab biasanya menu dah tersedia.. tunggu kita pilih je.. jadi setiap hari kalau guna servis mangkuk tingkat ni memang dah boleh buat bajet mingguan dan bulanan..
  7. biasanya pelanggan akan jadi pelanggan tetap, jadi bagi pengusaha bisness memang satu perkara yang sangat positif la kan..jadi kalau hari ni pelanggan order menu A esok boleh tanya dah pelanggan dan order menu apa.. kiranya kalau dalam seminggu tu dah boleh dapat buat pelunjuran keperluan bahan mentah la kan..

Tapi pengusaha bisnes mangkuk tingkat ni kenalah jaga kualiti ye.. janganlah macam sesetengah pengusaha lain.. bila dah untung banyak mulalah cuit situ cuit sini.. dulu ikan keting seekor, pastu dah sekerat.. bila macam tu yang jadi pelanggan lari tuhhh.


Sama-sama menyokong usaha yang baik dari semua untuk kita semua.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!