Sunday, April 6, 2014

Bila manusia dah hilang sifat bertimbang rasa....

Masa kami sekeluarga pergi ke Melaka ituhari, rupa-rupanya kat kampung lain pulak ceritanya. Kedai mak telah dipecah masuk. Walaupun kedai mak takde lah besar manapun, tapi yelah, bila dah hilang duit beratus tu memang besar sangat nilainya kepada mak.

setelah disiasat, tahulah sapa punya kerje. Rupanya mereka berlima. dan 3 orang budak kampung tu jugak. bila dah pegang sorang budak tu, dah taulah semua yang terlibat. cumanya, mak tak repot polis je.. bagi warning camtu lah.. ikutkan akak, memang suruh mak repot polis je.. biar dapat pengajaran bagi semua orang..

Dan yang paling menyakitkan hati ialah, yang curi tu pulak ialah orang yang kita dok tumpangkan kat rumah sewa akak kat kampung tu.. citernye.. 1 family ni nak buat kenduri kawin, jadi, kebetulan rumah sewa akak kosong jadi keluarga mereka yang kat kampung lain tumpang la duduk 2 hari kat situ. rumah sewa tu pulak kat sebelah kedai mak..

hmm.. bila dah tau kami tak de, boleh pulak anak dia buat keje mencuri.. dah la kami bagi tumpang free ko tak yah bayar pun, boleh lak ko curi barang orang yang buat baik ngan ko.. apa punye spesies manusia la..

dah bagitau kat mak dia, boleh pulak mak dia tak caya... bila siasiat punye siasat lagi, rupanya dapat tau kat kampung diaorng pun keluarga dia ni memang dah terkenal ngan sifat mencuri tu.. sampai anak gadis mereka pun sama.. itu yang dimaklumkan oleh orang kampung mereka.. ntah ye ntah tidak tak tau lah.. tapi kalau betul la budak2 ni perangai macam tu, memang sangat222 tak bagus.. muda-muda lagi dah makan duit haram..hmm.. ikutkan boleh je nak ajar dia, kat internet ada banyak cara2 bagitau.. baca ayat ni ke ayat tu ke.. tapi pikirkan budak ni nak ambik spm tahun ni jadinya kita biarkan.. ikutkan hati nak jugak tengok budak ni patah tangan ke, patah kaki ke.. kan kan.. geram nih..



dulu kat kampung akak pernah ada kes kehilangan barang kemas, lepas tu dapat tau orang yang jumpa. masalahnya orang tu siap pakai lagi, walaupun dah dimaklumkan tuannya sendiri... jadinya, tuan sebenar barang kemas tu ada baca ayat2.. mintak pulangkan.. tapi sebab degil tak pulangkan jugak, akhirnya jadi tak waras orang yang ambik barang kemas tu..


Sukarnya mendidik hati manusia....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!