Tuesday, April 29, 2014

Berus gigi dapat kuku kaki cantik! Serius!

Ye ke.. jangan tak caya... ce baca sekali lagi.. kenyataan di atas bukanlah bermaksud apabila anda memberus gigi anda akan dapat kuku kaki yang cantik.. oh tidak sama sekali..

ianya memberi maksud, anda boleh gunakan berus gigi anda yang sudah tidak digunakan... untuk makluman, kalau berus gigi korang semua dah kembang semacam sebiji macam gambo ni, maka tu tandanya masa utk beli berus gigi baru.


tapi jangan la pulak buang dalam tong sampah.. simpan je dulu.. 

sekarang ce tengok kuku kaki.. mesti nampak berkarat kan.. hitam sana hitam sini.. ton warna pun dah tak sekata.. nak kata kuku warna putih pun tak yakin kan..


dan untuk makluman korang semua, kaki dan kuku kaki ni kena sentiasa kena dibersihkan sebab bahagian ni memang terdedah kepada habuk dan kotoran.. terutamanya kalu yg pakai selipar.. so sepatutnya setiap hari kena berus kaki dan belai kaki.. rendam ngan air suam.. rehatkan kaki setelah seharian berjalan sana sini.. tapi mana ada masa kan.. 


jadinya langkah mudah, masa mandi tu, ambik je berus gigi lama tu, letak sabun mandi sket dan berus kuku kaki.. kalau ada berus kat atas lagi la bagus boleh berus keseluruhan kaki.. tapi tak pe.. guna je berus gigi tu.. lepas tu, korang tengok lah perbezaannya.. terutamanya bagi mereka yang sentiasa pakai kasut/sandal terbuka.. memang nampak kaki lebih cantik dan bersih..


Sumber imej: carian google


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!