Thursday, April 24, 2014

Hilangkan sakit belakang - TERBAIK setakat ni!

Akak nak share pasal sakit belakang.

Sapa yang pernah atau sedang mengalami sakit belakang?  Rasanya hampir semua orang pernah kan.

Akak memang sakit belakang bila time nak bangun tido. seksanya mak ai.. tak payah citer la..


Sumber imej

Apa penyebab sakit belakang ni ye?
(Sumber
Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf), kata Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.


Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa. 

Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan. 

Ia terdiri daripada 33 tulang vertebra yang dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vertebra servikal (tujuh tulang pertama bermula di bahagian bawah tengkorak), 12 tulang vertebra torasik, lima tulang vertebra lumbar (pada bahagian bawah belakang badan) serta lima tulang sakrum dan empat tulang koksiks yang bercantum. 

Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (diska) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang. 

Antara punca sakit belakang yang biasa ialah masalah diska tergelincir pada tulang belakang akibat posisi badan tidak betul (apabila cakera terkeluar sedikit, ia akan menekan saraf yang menyebabkan rasa sakit); otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah. 

Menurutnya, bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot. 


Memandangkan sakit belakang ni berkaitrapat ngan tulang dan segala sendi, jadinya tentulah berkait jugak ngan keperluan kalsium yang penting untuk elakkan ostereoporosis..

Jadi akak memang setiap hari ambik Ostematrix Shaklee.

Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah (sumber)

  • membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat dan kuat
  • mengelakkan penyakit osteoporosis 
  • memulihkan kekejangan
  • mengurangkan stress
  • menstabilkan tekanan darah
  • mengurangkan sakit semasa haid
  • membantu masalah pesakit gastrik


1. Ambik ostematrix shaklee

Sumber imej

Tak cukup dengan ostemarix shaklee, akak juga ambik alpha lipid lifeline.


2. Ambik juga Alpha Lipid Lifeline


Sumber imej


3. Amalkan senaman di bawah masa bangun tido

Kebetulan akak tengok siri yoga kat TV.. lupa la TV berapa.. pastu ada tips untuk bantu hilangkan sakit belakang ni..

Caranya  ada dua.. tapi surf kat web gambar ni je yg paling relevan.. so beginilah cara senamannya..

Spine Lengthening


Stretching the Spine Forward and Backward

Cat pose



Cubalah amalkan ke tiga-tiga amalan di atas. Insya Allah akan dapat rasai perbezaannya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!