Masa muda.. masa muda lah kena kerja kuat kan.. bila dah tua, dah tak larat buat kerja lain lak citernya..
Ada orang muda yang sibuk mengejar impian menjadi jutawan.. akhirnya mereka menjadi jutawan dalam masa yang muda.. dengan kemewahan dan kekayaan yang ada mereka membantu orang lain. Itulah yang sebaik-baiknya.. bukan makin kaya makin kedekut kan..
Namun, ada juga orang kita yang malas berusaha.. hanya mengharapkan apa yang ada.. seadanya..
Pendapat akak juga sama, semuanya bermula dengan pemikiran individu tu sendiri.. sekiranya diri sendiri ada wawasan dan hala tuju, maka lebih mudah seseorang tu mengorak langkah ke arah mencapai wawasan tersebut.
sekiranya tiada wawasan, maka semua tindakan setakat boleh je lah.. hanya setakat menyelesaikan situasi semasa dalam jangkamasa yang pendek..
kalaulah gadis-gadis muda berpikiran panjang, maka tidak akan ada bayi-bayi baru lahir yang dicampakkan kat tempat buang sampah.. bayi yang masih hidup lak tu..fuhhh...
Manusia tidak diberi tau bila tarikh lupusnya.. tidak diberitau bila saatnya akan meninggalkan dunia.. kalaulah kita boleh berpikir sejauh itu, maka kita tidak akan berani terdetik untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berfedah dan yang boleh menambah dosa kan..
sama-sama kita muhasabah diri.
No comments:
Post a Comment