Lelaki kelar rakan baik dalam masjid... kemudian sambung solat.. Ya Allah, macam-macam manusia ni...
persoalannya, kenapa orang yang solat tapi masih melakukan kejahatan? Sedangkan
"Sesungguhnya Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." Ayat 45 Surah Al-Ankabut
Maknanya besar kemungkinan:
- suspek hanya solat pada hari tersebut sebab kebetulan mangsa diketahui berada di masjid ketika kejadian
- solatnya tidak kusyuk
- solatnya hanya untuk mengaburi mata manusia
Sepertimana yang dibincangkan di sini
Sembahyang merupakan ibadat yang boleh menghalang pelakunya daripada melakukan perbuatan mungkar iaitu perbuatan salah dan terlarang. Allah s.w.t menegaskan bahawa sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh menegah diri pelakunya daripada melakukan dosa-dosa dan kemungkaran .Walau bagaimanapun, banyak orang yang melakukan ibadah sembahyang, namun tetap melakukan kemungkaran dan dosa-dosa lain yang disengajakan yang tidak seharusnya berlaku. Sembahyang diertikan dengan doa atau memohon kebajikan dan pujian. Sembahyang punca ketenangan jiwa. Seorang Islam yang taat dan dapat menikmati serta memahami sembahyang akan mendapat kekuatan jiwa juga keteguhan semangat dalam menghadapi segala dugaan. Sembahyang mengajar dan mendidik manusia bersifat tenang . Sebagai cara-cara memahami solat ialah dengan menghayati maksud kalimah yang dituturkan. Ramai yang tahu makna kalimah-kalimah yang dituturkan, sama ada ijmali atau tafsili namun tidak mampu menghayatinya. Kesan sembahyang yang khusyuk pula ialah membantu untuk tidak melakukan perkara maksiat dan mungkar. Selepas mengamati dan menghayati bacaan, maka akan terhakislah sikap-sikap hodoh yang ada pada diri sendiri. Secara kesimpulannya solat adalah tiang agama dan tonggak kepada kehidupan. Elakkan daripada terjebak dengan perkara yang boleh merosakkkan penumpuan minda ini boleh mencederakan sembahyang itu. Dengan ini, maksudnya sembahyang tadi tidak tercapai, sukar untuk seseorang itu memahami setiap bacaan yang merupakan doa untuk kita menghindari perbuatan maksiat dan mungkar. Jadi, cara terbaik untuk menghindari maksiat dan mungkar ialah dengan solat dengan khusyuk dan memahami setiap maksud bacaan tersebut.
No comments:
Post a Comment