Sunday, April 13, 2014

Pinggan mangkuk arcopal ngan pinggan mangkuk percuma.. apa dah jadi pada kita wahai wanita?

Sejak dari peristiwa kepulangan kakak ke sisi Allah, akak jadi banyak berpikir.. pikir tentang kehidupan kita yang hanya sekejap cuma, lama mana pun kita tak tahu masa kita kat dunia ni.. Allah cuma bagi kita duduk kat dunia ni supaya kita pilih nanti nak dok kat neraka ke syurga.. pilihan di tangan kita semasa di dunia ni...

ok.. so apa kena mengena ngan citer pinggan mangkuk arcopal nih?

kisahnya, semasa akak kat rumah arwah kakak, akak sempat perhatikan ada pinggan mangkuk yang kakak beli mahal-mahal tersimpan dalam almari... entah sempat atau tidak kakak gunakan sewaktu hidupnya.. ada periuk yang baru dibeli tapi masih belum digunakan.. ada kuali yang masih lagi dalam plastik dibungkus elok menandakan baru dibeli.. tapi tidak sempat digunakan..

Ironinya, kita kaum wanita memang suka beli barang-barang dapur terutamanya pinggan mangkuk ni kan.. kalau pinggan mangkuk arcopal tu, sentiasa ada katalog sebab sentiasa dok tunggu design baru.. memang akak faham.. akak pun sama... padahal koleksi sedia ada dah tak muat masuk almari dah kan..


 

Dan yang syahdunya, kita simpan pinggan mangkuk yang mahal2 tu kat dalam almari hanya untuk tujuan display je.. tapi sebaliknya kita gunakan pinggan mangkuk percuma hadiah dari beli sabun daia atau ubat gigi darlie.. kan kan.. anak-anak, suami semua guna pinggan mangkuk percuma tu.. tak merasa nak guna pinggan mangkuk yang cantik-cantik design nya tu, yang harganya beratus-ratus tu.. yang dapat merasa hanyalah tetamu-tetamu yang setahun sekali belum tentu datang kat rumah kita.. eeii.. patut ke kita buat macam tu? tak patut.. tak patut..

sumber gambar: carian google
 


Ada tu yang memang suka buat koleksi.. tapi tak dinafikan, memang design pinggan mangkuk percuma ni cantik-cantik kan..

 

Jadi macamana ni? Pinggan percuma dah banyak giles.. tapi ada hati nak beli arcopal baru ni.. sebab design yang the latest one memang cantik bangat.. camne.. camner.. ouch!

Sama-sama kita muhasabah diri!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!