Wednesday, April 30, 2014

Wanita - Jangan cukur bulu kaki anda

Wanita dinasihatkan tidak mencukur bulu kaki kerana bulu yang tumbuh akan lebih kasar


sumber imej: carian google


Akak dah tulis entri mengenai bab buang bulu kaki ni. 

So akak guna apa ye? setakat ni akak guna epilator (akak beli kat sini) dan memang puas hati.



Sekarang ni ada macam-macam brand dan model.. boleh pergi tengok kat watson ke.. guardian ke..

Tuesday, April 29, 2014

Berus gigi dapat kuku kaki cantik! Serius!

Ye ke.. jangan tak caya... ce baca sekali lagi.. kenyataan di atas bukanlah bermaksud apabila anda memberus gigi anda akan dapat kuku kaki yang cantik.. oh tidak sama sekali..

ianya memberi maksud, anda boleh gunakan berus gigi anda yang sudah tidak digunakan... untuk makluman, kalau berus gigi korang semua dah kembang semacam sebiji macam gambo ni, maka tu tandanya masa utk beli berus gigi baru.


tapi jangan la pulak buang dalam tong sampah.. simpan je dulu.. 

sekarang ce tengok kuku kaki.. mesti nampak berkarat kan.. hitam sana hitam sini.. ton warna pun dah tak sekata.. nak kata kuku warna putih pun tak yakin kan..


dan untuk makluman korang semua, kaki dan kuku kaki ni kena sentiasa kena dibersihkan sebab bahagian ni memang terdedah kepada habuk dan kotoran.. terutamanya kalu yg pakai selipar.. so sepatutnya setiap hari kena berus kaki dan belai kaki.. rendam ngan air suam.. rehatkan kaki setelah seharian berjalan sana sini.. tapi mana ada masa kan.. 


jadinya langkah mudah, masa mandi tu, ambik je berus gigi lama tu, letak sabun mandi sket dan berus kuku kaki.. kalau ada berus kat atas lagi la bagus boleh berus keseluruhan kaki.. tapi tak pe.. guna je berus gigi tu.. lepas tu, korang tengok lah perbezaannya.. terutamanya bagi mereka yang sentiasa pakai kasut/sandal terbuka.. memang nampak kaki lebih cantik dan bersih..


Sumber imej: carian google


Monday, April 28, 2014

Kisah eyebag.. dan petua hilangkan eyebag.. jom cuba cepat!

Akak memang ada eyebag.. tak la sampai dalam gambar kat bawah ni.. tapi ketara la jugak

Sumber imej: carian google

so kisahnya, akak pun cari la petua nak hilangkan eyebag nih.. macam kat sini

  • letak timun



  • uncang teh

eye bags2 300x300 Petua Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

  • minum air kosong secukupnya



Cumanya petua nya ialah JANGAN MINUM AIR 1-2 jam sebelum tido. kalau minum air sebelum masuk tido tu yang menyebabkan air bertakung bawah mata.. ooo ye ke.. abih tu nak wak camner.. sebelum tido lah biasa rasa dahaga.. nak makan segala bagai ubat memang le sebelum tido.. caner caner.. nampaknya kena timing lah.. kalu tido kul 11 jadinya kena makan ubat kul 9 mlm kan kan..

Dan akak juga sudah guna Shaklee Collagen powder.. tapi guna sekotak je.. berenti jap.. sebab apa? hehe.. nak tau sebab apa? sebab rasa dia cam kurang best sket.. tapi sebenarnya kalu letak air gula best lah..


Sebagai usaha lain jugak lepas ni akak nak gi cari kat watson produk kat bawah


  Revitalift Eye CreamRevitalift Double Lifting Eye

Banyak ngak.. so kita tengok yang mana berkenan di hati pastu cuba..

sebelum tu kena ambik gambo sebelum.. dan selepas.. yesss..


Sunday, April 27, 2014

Ikan masak 10 rasa

Tadi akak tepon anak sedara akak kat Melaka.. yelah.. setelah ketiadaan ibu mereka kan, akak nak tanya kabar la kan.. macamana ngan kehidupan mereka sekarang..

dah sembang-sembang tu akak tanyalah

akak: korang dah makan lum?

niece: dah

akak: sapa masak?

niece: kakak (kakak yang sulung)

akak: masak apa?

niece: ikan masak 10 rasa..

akak: err.. masak 10 rasa? auntie rasa setakat yang auntie tau 3 rasa je..

niece: ni 10 rasa.. macam-macam rasa ada.. rindu mak masak..

akak: sob sob sob..



Sumber imej: carian google

Saturday, April 26, 2014

citer lipan bapokkkkk besorrrrr

Balik dari gym, masuk je dalam rumah abe nik bagi tau, " nak bagitau sesuatu ni.. jangan terkejut.. ce gi tengok kat tong sampah kat dapur jap.. tengok apa yang ada.."

akak pun suspen la kan..

tak nak la akak.. "tak nak la.. mesti ada ulat.. atau tikus mapuh ke.. tak mboh la gi.."

kata abe nik, "dok.. bukang.. gi tengok dulu.."

dalam pada takmboh tu, abe nik tarik tangan akak menghala ke dapur.. dan tau tak..

ada lipan besarrrrrrr sangattttt.... dah mapuh.. abe nik katok doh.. aduhai.. bimbang betul la... panas-panas ni memang banyak la binatang ni kuar.. akak pun jadi takut.. adoiii.. tapi Allah memang maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.. Allah tunjukkan kepada abe nik kewujudan lipan ni supaya berhati-hati.. alhamdulillah.

panjang lipan ni lebihkurang 14 cm.. ngeri wooo..

Semoga Allah melindungi kami semua dari segala mara bahaya. Amin.

Friday, April 25, 2014

Kete waja nye citer.. alahai..

Malam ni akak ngan ajk dah booked gym. so tggu fara datang ambik je kat umah kul 8. 

abe nik lak petang tadi gi mancing.. biasa kat maghrib tu sampai la rumah.. 

so akak lepas azan maghrib terus la bersedia nak solat.. tup-tup tepon bunyi.. abe nik called... suara sungguh cemas..

katanya, ".. kete waja tiba-tiba mapuh (berenti) tengah jalan... start pun dok idup"

akak pun panik la jap.. "ha? abih tu skrg ni kat tengah jalan ke tu?"

abe nik kata "nasib baik dang gi tepi.." ok.. fuh..

alahai kete waja.. apa lak masalahnya..

akak bgtau abe nik lepas sembahyang akak gi.. pada masa yg sama abe nik tepon aki pomen.. kata aki, kalau berenti gitu je tiba-tiba ada kemungkinan timing belt putus.. wooo... bahaya tu...

sampai kat tempat abe nik tggu tu, akak punye la terkedu sebab tempat tu gelap.. walaupun tepi pantai tapi bulan takdak, jadi memang gelap.. sian abe nik... 

jadinya akak pun teman la abe nik tggu lori angkut datang..

lepas setel sume, abe nik hantar akak pegi gym.. yelah.. gym tetap gym kan.. kena istiqamah kan.. walau apa pun terjadi plan kuruskan badan tetap diteruskan.. yes..


22 Apr 2014

Thursday, April 24, 2014

Hilangkan sakit belakang - TERBAIK setakat ni!

Akak nak share pasal sakit belakang.

Sapa yang pernah atau sedang mengalami sakit belakang?  Rasanya hampir semua orang pernah kan.

Akak memang sakit belakang bila time nak bangun tido. seksanya mak ai.. tak payah citer la..


Sumber imej

Apa penyebab sakit belakang ni ye?
(Sumber
Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf), kata Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.


Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa. 

Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan badan ke kiri dan kanan. 

Ia terdiri daripada 33 tulang vertebra yang dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vertebra servikal (tujuh tulang pertama bermula di bahagian bawah tengkorak), 12 tulang vertebra torasik, lima tulang vertebra lumbar (pada bahagian bawah belakang badan) serta lima tulang sakrum dan empat tulang koksiks yang bercantum. 

Di antara setiap tulang ini ada satu cakera (diska) yang bertindak sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan tulang belakang untuk ‘dilentur’ ke kiri, kanan, depan dan belakang. Cakera ini juga berfungsi mengagihkan berat badan secara seimbang. 

Antara punca sakit belakang yang biasa ialah masalah diska tergelincir pada tulang belakang akibat posisi badan tidak betul (apabila cakera terkeluar sedikit, ia akan menekan saraf yang menyebabkan rasa sakit); otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah. 

Menurutnya, bersenam adalah cara yang paling berkesan untuk mempercepatkan penyembuhan kepada masalah sakit belakang (khususnya sakit pinggang) dan menguatkan otot belakang dan abdomen. Antara senaman yang mudah dilakukan ialah senaman regangan, berenang, berjalan atau menjalani terapi pergerakan bagi memperbaiki koordinasi dan keseimbangan untuk postur dan otot. 


Memandangkan sakit belakang ni berkaitrapat ngan tulang dan segala sendi, jadinya tentulah berkait jugak ngan keperluan kalsium yang penting untuk elakkan ostereoporosis..

Jadi akak memang setiap hari ambik Ostematrix Shaklee.

Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah (sumber)

  • membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat dan kuat
  • mengelakkan penyakit osteoporosis 
  • memulihkan kekejangan
  • mengurangkan stress
  • menstabilkan tekanan darah
  • mengurangkan sakit semasa haid
  • membantu masalah pesakit gastrik


1. Ambik ostematrix shaklee

Sumber imej

Tak cukup dengan ostemarix shaklee, akak juga ambik alpha lipid lifeline.


2. Ambik juga Alpha Lipid Lifeline


Sumber imej


3. Amalkan senaman di bawah masa bangun tido

Kebetulan akak tengok siri yoga kat TV.. lupa la TV berapa.. pastu ada tips untuk bantu hilangkan sakit belakang ni..

Caranya  ada dua.. tapi surf kat web gambar ni je yg paling relevan.. so beginilah cara senamannya..

Spine Lengthening


Stretching the Spine Forward and Backward

Cat pose



Cubalah amalkan ke tiga-tiga amalan di atas. Insya Allah akan dapat rasai perbezaannya.


ke Gym la pulok..

Atas kesedaran yang maha tinggi dan semangat juang ingin kurus yang terlalu membuak-buak, maka akak dan 2 lagi kawan akak berpakat pegi gym..

so dah 4 minggu kami gi gym.. akak dah turun kilos gitus.. seronok sangattttttt... tak terkata apa-apa dah.. 


apa yang penting istiqamah.. ye betul!

Raya dengan shape baru nanti...yesssssss..

Wednesday, April 23, 2014

Semua dok jaga badan skrg nih.. makan oat je?

Masa balik kampung itu hari, adik akak bagi satu bungkus oatchoco ni.. katanya makan satu dah kenyang dah.. so faham-faham la kan.. kalau dah kenyang makanya kurang la makan kan.. jadi cepat la sket kurus kan.. kan.. kan..

sebab rasanya sedap, akak pun beli la dalam skala yang besar.. siap durra pun order sekali.. kat asrama dia pun budak-budak dok makan nih.. aii semua nak jaga badan ke..

kemudian esoknya akak bawak la satu bungkus untuk bekal kat ofc.. yelah, ofc tgkat 2, kekadang tu males nak turun makan, jadi nye ada la bekal kan..

lepas punch card, akak pun berlenggang la sambil memegang plastik oatchoco ni. kemudian terserempak la ngan 2 orang kawan, semua tanya beli kat mana, berapa harga.. akak pun macam heran la kan..napa diaorng tanya cam tu..

rupanya oatchoco ni dah jadi fenomena.. siap akak-akak makcik-makcik adik-adik kat situ bawak bekal dalam handbag lagi... wah.. sampai gitu sekali.. kisahnya..

kemudian yg bestnya bila bab harga..

ada yang beli ngan harga RM14.. wah mahal tu.. akak beli RM 9.80 je kat Dungun.. tapi masa beli kat KT harga kat kedai tu 8.50 je..

rasanya? sedappppp...

Tuesday, April 22, 2014

Kumpulan Cakna Komuniti (KuCaknaKo): kisah buku

Memandangkan anaknda pun dah masuk form 1, jadinya akak mulakan operasi mengemaskini buku-buku persekolahan masa sekolah rendah.. cadangnya mana-mana buku yang masih elok lagi tu bolehlah disumbangkan kepada komuniti pelajar-pelajar sekolah rendah kat kampung akak.. biar mereka pun dapat manfaat.. dan kami pun dapat pahala..

Punya la banyak buku.. yelah.. buku latihan utk upsr tu pun dah berlambak-lambak.. tak campur ngan buku bacaan nye lagi..

Jadi akak bawak balik kampung semua buku-buku tu dan letak kat atas meja kat sebelah kedai mak.. mana-mana pelajar sekolah yang datang kat kedai mak tu kalau nak ambik buku tu ambik je lah.. sekurang-kurangnya boleh gak gantu diaorng..

Tapi nyesal sebab tak ingat nak ambik gambo.. tapi senario nye lebih kurang cam ni lah..


Monday, April 21, 2014

Boleh ke kurus kalau dah 40-an nih

Raya dah nak dekat nih.. macam biasa, semua wanita termasuk akak sedang berhempas pulas memikirkan (pikir je..) camana nak mengurangkan berat badan nih..

Kata makan Shaklee.. ye memang makan Shaklee.. tapi kalu nak lagi cepat kena la pikirkan strategi lain.

Tapi kan.. orang kata.. orang kata la kan.. kalu dah lepas 40-an ni susah sket nak kurus.. err ye ke?

Tapi ada yang kata boleh je.. pergi la ke gym.. ok ok..

Sumber imej: carian google

Sunday, April 20, 2014

Orang Islam sendiri bantah laungan azan! Masya Allah.... ketahui citer sebenar..

Rupa-rupanya ada citer sebenar disebalik laporan polis ni..

Dikatakan pakcik ni yang memang merupakan seorang kariah kat masjid tu dah pun tegur mengenai bunyi speaker yang terlalu kuat.. tapi tak diendahkan oleh AJK masjid..

sudahnya pakcik ni buat report polis..

isunya, kalau dah ada AJK masjid, kenapa AJK masjid tak ambik cakna hal2 macam tu ye?

Apa salahnya kalu diperlahankan sket volume speaker tu ye? 

Islam itu indah.. Islam itu cantik..  dah keindahan dan kecantikan terletak dalam semua aspek kehidupan.. faktor bertimbangrasa, menerima teguran, memikirkan kesan baik kepada semua ahli masyarakat adalah aspek yang indah dan cantik yang diajar Islam.

Sama-sama kita ambik iktibar.

********** entri sebelum ****

Seorang ahli Pas seumur hidup membuat laporan polis membantah laungan azan ketika waktu Subuh di masjid berdekatan rumahnya.

Masya Allah.. ada jugak orang Islam macam ni.. kalau tengok rupa, bukanlah budak umur 2 tahun, tapi orang kata, "rumah kata pergi kubur kata mari.."

Kalau ye pun terlalu kuat, patutnya pergi je lah bagitau kat AJK masjid mintak pelan kan sket speaker kat masjid tu.. ni sampai report polis,.. alangkah kurang bijak dan kurang waras pemikirannya.. sedangkan kita selalu dengar, berapa ramai orang yang merasa sangat syahdu apabila mendengar laungan azan subuh.. sangat indah bunyinya.. tak de yang boleh ganti dengan lagu-lagu lain masa subuh tu.. lagi satu, tak sampai 5 minit pun.. hmmm..

Jadi sama-sama kita muhasabah diri, sanggup ke kita membantah laungan memuji Allah? masya Allah.




Saturday, April 19, 2014

Mayat di tepi jalan.. kenapa?

Satu lagi mayat ditemui di tepi jalan, di Bukit Minyak, Pulau Pinang.



Kenapa agaknya mayat diletakkan di tepi jalan? Sebabnya mudah:

  • untuk elakkan dari menanggung kos pengkebumian mayat.
yelah.. nanti nak kena upah orang gali kubur, nak mandikan dan uruskan mayat.. nak bayar kos kain putih lagi... jadi jalan paling mudah ialah letak kat tepi jalan.. panggil polis tolong uruskan..

Kalau berkafan macam ni mestilah mayatnya orang Islam kan.. sekarang pikirkan diri kita.. mahukah kita apabila dah tidak bernyawa lagi nanti, diletakkan di tepi jalan macam tu? tentu tidak kan.. nauzubillah..

Sama-sama kita muhasabah diri, semoga apabila saat Allah memanggil kita nanti, ahli keluarga dan/atau jemaah yang uruskan jenazah, dapat uruskan jenazah kita sebaik-baiknya dan selayak-layaknya sebagai seorang Islam... dengan doa dan talkinnya...


Friday, April 18, 2014

Jerebu yang tak habis-habis dan Pasukan Bomba

Ekoran dari jerebu yang tak habis-habis kat kawasan Dungun ni, akak dengar cerita yang pasukan bomba telah dikerahkan tenaga mereka untuk mengawal keadaan api agar tidak merebak ke tempat lain..

dan mereka ni terpaksa berkerja siang malam.. sampai ada yang mengadu tak cukup tido..

Kata Prof Muhaya, orang yang kerja sebagai ahli bomba memang orang yang senang dapat pahala sebab kerjanya menolong orang. 

Jadi, wahai pasukan bomba, kami berterima kasih di atas segala bantuan yang telah diberikan yang memungkinkan kami berada dalam keadaan yang selesa. Jasa baik kalian semua hanya Allah yang mampu membalasnya.

Sekali lagi, terima kasih.





image dari carian google

Thursday, April 17, 2014

Pembakaran Hutan di Dungun.. jerebu buatan manusia

Sejak bulan 3 sampai bulan 4 ni, tak habis-habis jerebu.. pagi-pagi kalau bukan pintu rumah memang kalah la kabus kat puncak gunubg Everest tu..  seputih awan lah.. sampai kalau sidai baju kat luar memang bau asap la jawabnya.. tak kiralah kalu dah letak softlan sebotol ke, memang bau asap tetap lekat kat baju.. memang tenshenggggggg bangatttt..

kisahnya, ada segelintir manusia yang melakukan pembakaran terbuka kat hutan sana.. yelah, sementara cuaca panas kan.. jadinya mereka pun ambik kesempatan nak lapangkan hutan.. mungkin nak buat penanaman semula ke apa ke tak tau lah.. bila ditanya "nanti kan melarat api tu sampai kat rumah orang kan camana?".. jawab mereka sungguh mudah.."Bomba kan ada!".. aduhai... mereka tak tau pasukan bomba dah bekerja siang malam nak padam api sana sini.. kesian pasukan bomba.. semoga Allah melimpahkan pahala yang banyak buat pasukan bomba yang melakukan kerja dengan ikhlas.

Gambar ni akak ambik sepanjang ke Gong Balai.. akak pegi kedai makan roti tempayan kat sana... jadi sepanjang perjalanan tu memang boleh nampak la asap berkepul-kepul banyaknya..


Ni gambar yang skala besar sket lahh.




Di saat tengok asap tu, dalam hati memang terdetik, "manusia dah tak pikirkan kesannya.. kita dok bercakap pasal global warming lah.. ozon lah.. ais kat artik cair lah.. Bangkok boleh tenggelam lah kalu masih ada lagi yang buat pembakaran terbuka.. " nampaknya masih ada yang tak kisah dengan semua perkara tu..

Dan ini adalah kesannya yang turut dirasai oleh semua manusia.. semoga Allah melindungi kita dari segala keburukan yang datangnya dari kita sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!