Tuesday, April 30, 2013

Yang Luarbiasa.. manusia dan haiwan

Menonton citer "Dolphine Tale" membuatkan akak tersentuh hati..

Citernya pasal ikan dolfin ... er ikan paus ke ikan yu.. ikan yu. Ye. Ye.. so ikan yu ni ekornya kena potong.. so camne nak berenang kan.. kisahnya yu ni sebab keadaan dia mcm tu.. so kena duk dalam kolam dan 24 jam kena ada orang yg pegang dia dan gerakkan badan dia .. macam kita ajar budak naik basikal la... kita pegang takut jatuh kan..

Dan tempat tinggal yu tu pulak nak kena dijual sebab banyak masalah.. binatang lain boleh jual tapi ikan yu ni tak de yg nak la kan sebab keadaan dia tak sempurna kan.. dan ada cadangan nak bunuh ikan yu ni..

So ada doktor ni hasilkan ekor elastik khas yg boleh disarungkan kat ekor yu ni.. jadinya ikan yu tu akhirnya dah boleh berenang macam biasa tanpa bantuan.. dan ikan yu ni lak dah jadi tarikan kat tempat tu

Itu kisah SEekor binatang.. cuba pikir pasal manusia lak.. ada antara kita yg kurang bernasib baik kan.. andaikata golongan ini dibantu pastinya mereka mampu memberikan sumbangan yg lebih besar kan...

teringat dulu kisah ada abang oku kat Kuala Terengganu yg cacat kedua kaki.. lepas tu dengan semangat dan motivasi serta jatidiri yg jitu beliau jadi atlet renang paralimpik yg terkenal.. skrg beliau adalah seorang usahawan.. bayangkan... kuasa motivasi dan keyakinan diri mampu mengubah destini manusia kan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!