Anak permata dunia akhirat.. dan bukan semua orang diberi peluang oleh Allah untuk mendapat permata ni. Tapi kdg2 sebagai manusia.. kita alpa dengan amanah yg Allah dah bagi kat kita.. disebabkan kedangkalan ilmu keibubapaan kita selalu marah anak secara keterlaluan..
Akak pun selalu gak naik semput ngan perangai anak.. tapi semua tu ujian sebenarnya Allah nak bagi kat kita.. macam ujian kita kat sekolah.. lepas ujian kan dapat markah... berapa la markah kita ye.. ya Allah.. ampunkanlah segala dosa hambaMu ini..
Berbalik kpd kisah teladan ni.. disebabkan selalu pukul anak dan pilih kasih.. akhir hayat ibu ni sangatlah menyedihkan.. tangannya bengkok.. matanya terbuka.. hanya selepas anaknya tu bagitahu yg dia dah maafkan ibunya barulah tangan yg bengkok jadi lurus..dan mata yg terbuka tu tertutup..
Walaupun kita boleh kata yg "alahh tu citer je tu.. bukan betul pun..".. tapi apa salahnya kita ambil iktibar dan sentiasa berdoa supaya hujung nyawa kita segala urusan dipermudahkan Allah.. dan kita tinggalkan dunia dalam keadaan beriman.. dalam keadaan yang baik..
Wahai ibu2.. marilah kita perbaiki diri ke arah kebaikan..
No comments:
Post a Comment