Tuesday, April 16, 2013

Bayi.. kenapa dibuang.. kenapa dibunuh.. cukup cukuplah...

Hari ni baca harian metro 16 April 2013, sedih tengok cubaan pam bayi dalam tandas.. sanggup betul diaorg ni ye.. ditakdirkan bayi ni hidup nanti digelar bayi lubang tandas. Bila dah besar digelar 'mat lubang tandas..'.. aduhai.. alangkah berat dugaan menanggung malunya nanti..

Cukuplah.. cuba berpikir sejenak.. semua masalah ada jalan penyelesaian kan.. kalau tak nak bayi dalam perut tu ramai lagi kat luar sana yg berebut2 nak bela anak tu.. cuba bayangkan.. seorang ibu sanggup membunuh anak sendiri.. tapi orang luar kat sana sanggup membela anak orang lain..

Sebab tu kelahiran setiap anak tu sepatutnya dinanti2kan.. sebab bersama2nya Allah datangkan barakah dan rezeki.. dan jugak pembuka pintu syurga.. di situlah tempat tujuan kita kan..

Wahai bakal2 ibu yang dilema sebegini.. pilihlah jalan yang betul.. beranikan diri berhadapan dengan realiti kehidupan.. tiada orang yang tidak buat salah.. kita semua ada banyak dosa..tapi kita semua perlu sedar.. semua yang berlaku adalah kehendak Allah SWT. Qadak dan qadar Allah semua. Kita sebagai hambaNya perlu muhasabah dan mengambil iktibar dari apa yg berlaku supaya makin mendekatkan diri kita kepadaNya. Allah ingin menguji keimanan kita sebenarnya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!