Friday, April 12, 2013

Produk anugerah dan yang sewaktu dengannya -packaging

Akak memang pengguna tegar produk anugerah.. cumanya akak nak komen kat sini pasal packaging dia.. kat kotak dan kat luar botol tu ada tulis ayat quran kalimah Allah. Jadi kita lak biasanya lah.. kalau dah habis guna mesti buang kotak dia ngan botol dia ka dlm tong sampah.. jadi kalau dah buang mestilah ayat quran tu sekali masuk dlm tong sampah..

Jadi kena berhati2.. adik2 dan rakan2 di luar sana yg prihatin kena jaga kalimah Allah ni. Jadi akak sebelum buang kotak tu akak gunting bahagian yg ada tulis ayat quran tu.. buat bookmark. Yg plastik kat botol tu akak koyakkn dan simpan satu tempat. Kumpulkan dan nanti bakar. Abu nanti kambus/ tanam dalam tanah..

Ayat quran (dan hadis) sahajalah peninggalan Nabi Muhammad SAW kpd kita.. jadi kita kena jaga ayat alquran ni..dan sampai satu masa akan datang hari di mana Allah tarik balik semua ayat quran ni.. maksudnya alquran hilang qalamnya.. jadi bila sampai waktu tu fahamlah kita kan..

Semoga kita sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT dah semoga Allah sentiasa melimpahkan hidayahNya kepada kita semua. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!