Bila sebut pasal harta makanya kita akan mula terbayangkan barang2 berharga milik kita seperti rumah, kereta, tanah, duit dan barang kemas. Hmm semuanya harta dunia kan.. harta dunia akhirat? Kita boleh lupa pulak.
Yang betulnya harta kita ialah anak2. Sebab tu bila kita jumpa kawan2 lama atau sedara2 jauh kita akan bertanya " anak dah berapa?" Bukannya "kereta berapa bijik? Rumah berapa?" Kan.. kan..
Akak teringat sorang kakak ni.. bila tau anak akak sorang je dia kata "miskin".. first time mengalami perkara ni rasa semacam gak.. tapi bila dia bandingkan ngan sorang lagi yg ada anak 6 org barulah akak faham...oooo... u see?
Dan paling penting ialah pendidikan anak2.. yelah bukan kuantiti je.. kualiti perlu dititikberatkan.. dan aspek kualiti pula mestilah merangkumi mental dan fizikal.. intelektual spiritual... jiwa raga dan macam2 lagi lah.. bukan senang kan.. mak ayah pun kena belajar ilmu parenting jugak..
No comments:
Post a Comment