Bila kasih sayang sudah pudar nilai kekeluargaan turut hilang.. kebanyakan yang bermasalah ni disebabkan pada awal perkahwinan lagi dah ada masalah.. mungkin tiada restu keluarga.. jadi pilih untuk berkahwin kat luar daerah tanpa pengetahuan keluarga.. jadi menipu keluarga.. menipu ibubapa.. bab tipu ibubapa nilah yang terus je hilang barakah.
Mungkin juga masa bujang perangai lain.. jadi bila dah berkeluarga rasa tak betah berkurung.. tak bebas..
Atau mungkin juga ada masalah peribadi dengan pasangan.. susah nak maafkan orang kan.. hmmm..
Bukan senang nak membina sebuah keluarga kan.. penuh dengan cabaran..nak menghancurkan senang je.. setakat 2 -3 patah perkataan je kan.. dan bila sebuah keluarga tu yang dibina di atas 2 paksi utama hancur maka kekuatan paksi yg tinggal memanglah goyah kan..
Ada baiknya kita kembali suburkn kasih sayang kepada keluarga kan.. tenangkan diri.. senyum pada anak2.. senyum pada pasangan.. bersyukur kepada Yang Maha Esa di atas rahmatNya selama ini..
No comments:
Post a Comment