Menonton kisah tanah kubur kat tv memang menginsafkan kita semua.. ada banyak kisah yang bila dipikir dan dikaji mempunyai persamaan dengan kisah masyarakat.. mungkin kebetulan sahaja tetapi kalau niat memberi kesedaran kpd orang ramai memang berkesan..
Dalam episod ni kisah seorang ayah yang berkahwin bnyak kali tetapi tidak peduli dgn kebajikan anak2. Tidak pernah ambik tahu hal anak.
Sudahnya anak2 berkahwin sesama sendiri. Yelah mereka pun tak kenal sama sendiri kan.. setakat nama bapak sama je tak menandakan mereka adik beradik kan.. sebab ramai lagi yg nama sama ngan bapa mereka kan.. tapi kalu ikut orang tua.. kalau nama bapa sama mereka tak galakkan sebab katanya panas...
So berbalik ke kisah teladan ni.. anak perempuannya sakit.. so ayah ni pun pegi la jenguk anaknya. bila ayah ni dapat tau yg anak dan menantunya adalah anak2nya maka disuruhlah bercerai.. tapi yelah.. pasangan tu pun dah ada anak dah.. masing2 taknak lah.. anak2 kata ayah yg salah.. memang betullah ayah mereka yg salah kan.. tapi tak boleh salahkan takdir kan.. dan yg salah tetap salah kan...
No comments:
Post a Comment