Tuesday, April 9, 2013

Petanda di hujung nyawa

Seringkali kita dengar apabila terjadinya kematian ahli keluarga, sudah ada petanda yang arwah ada bagitau atau lakukan.. contohnya nak makan makanan tertentu.. nak jumpa seseorang.. nak pakai baju putih dan sebagainya..

Akak sendiri dulu pernah kami adik beradik rasa tak tentu arah bila arwah bapa masa tu minta belikan seluar treksut (seluar sukan tu). Sebab apa? Sebab arwah ayah tak pernah ada dan kami x pernah tengok ayah pakai seluar trek selama ni..

Masa dalam ceramah mggu lepas ustaz ada bgtau setengah orng dapat tau bila masa mereka dah sampai.. kalau alim ulama tu mereka siap dapat sembahyang lagi.. pastu panggil ahli keluarga datang dekat.. tinggalkan pesan..

Kalau tengok dalam TV bila bab bercakap pasal 'masa dah sampai' ni mesti dialog skema ialah ' eh apa merepek je ni..'.. tapi mulai dari sekarang kalau ada ahli keluarga yg bercakap macam tu kita cuba bertenang dulu.. mungkin ada perkara lain yang Allah nak cuba sampaikan kepada kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!