Monday, April 22, 2013

Yang Berkhidmat Yang Berkudrat Yang Larat

Dalam demam PRU 13 ni memang apa saja yang menarik hati akan terus dibaca.....

Tertarik dengan Tuk Mun.. yang bertanding sebagai calon di KTrg.

Rasanya kalau ikut logik akal memang rakyat tidak akan sanggup mengambil risiko dengan mengundi TukMun. Kenapa? Sebab terlalu banyaaaaak sebab. Dengan umur 93 tahun rasanya biarlah TukMun teruskan kehidupan beliau dalam penuh ketenangan. Tak payah la nak peningkan kepala dok pikir pasal politik nih. Lebih baik TukMun teruskan berniaga kain.

Tapi jujurnya kita pun sebenarnya nak sangat tau apa cerita di sebalik kisah TukMun ni. Nanti kita selongkar2 dan kita bongkar2. Apa motif politik kepada pihak2 berkepentingan ni ye.. takpe.. kita tunggu..

Kepada semua rakyat Malaysia, undilah calon yng mampu memberikan kemajuan yang seimbang dalam banyak hal. Kestabilan kerajaan yang memerintah amatlah penting. Jangan tukar kerajaan macam tukar baju. Dibuatnya baju tu je la satu2 nye yang kita ada.. kalau buang baju kat badan kita alamaknya hilang maruah kita. Andaikata baju kita yang satu tu koyak sikit.. tampal la mana tempat yg koyak tu kan.. mana yg boleh jahit kita jahit..

Mungkin orang kata "aii.. baju dah buruk... buang je lah.. pakai la yg baru..".. yelah kan.. mungkin orang nak bagi baju sutera emas kat kita.. tapi bila kita dah buang baju buruk dia kata "tak jadilah nak bagi.. baju tu masih boleh pakai lagi kan.." ataupun "errr.. baju sutera emas yg kami janji nak bagi tu masih lagi tak siap lah.. boleh tak u pakai baju kain kapas ni dulu?" Mcm2 boleh jadi kan?

Baju lama yg sedang dipakai skrg diberikan oleh datuk nenek kita dulu.. ni je lah yg mengingatkan kita kepada mereka.. hargailah..

Jangan sebab " marahkan nyamuk kelambu di bakar". Kesian.. disebabkan kita yang marah kat nyamuk yang bising kat telinga kita.. kita bakar kelambu.. kesian anak bini.. dah tak ada kelambu.. lagi seronok la nyamuk..

Teringat kata zainal abidin penyanyi lagu 'hijaau.. hijau..'.. kalau kita tebang pokok yg ada sekarang ni yg kononnya sakit.. boleh tak kita pastikan pokok yang tumbuh nanti akan lebih kuat akarnya spt mana pokok sebelum ni?  Jadinya.. kalau buah yg rosak.. makanya kita cari racun serangga untuk pokok ke kan.. tanya je kat peladang.. macam2 kaedah penyelesaian mereka ada..

Ingat! Hargai apa yg ada.. Jangan dinanti apa yng tiada.. hargai masa sekarang!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!