Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW wafat pada usia 63 tahun.
Dan dikatakan purata umur umat Nabi Muhammad sekarang adalah 60-65 tahun. Akak teringat ada satu laporan kajian yg mengatakan jangkahayat kaum wanita lebih tinggi dari kaum lelaki. Hmm..
Mari sama-sama kita renungkan.
Berapa umur kita sekarang? 20 tahun? Mungkin kita rasa lama lagi sebelum habis usia kita.. 40 tahun? Kita rasa masih sempat lagi meneruskan kehidupan seperti biasa.. 60 tahun? Dah hampir sangat dengan kematian... jadi wajarlah kita lebih bermuhasabah diri..
Kalau sekarang umur kita dah 75 tahun? Maknanya bonus la tu. Allah bagi umur tambahan supaya kita sebagai hambaNya berpeluang meningkatkan lagi amal ibadah dan mengumpul lebih banyak pahala.. sebelum Allah memanggil kita pulang kepadaNya.
Kadang-kadang kita lupa kepada kematian. Kita rasa kita akan hidup hingga 100 tahun lagi. Jadi kita seringkali melengah-lengahkan usaha mengumpul pahala melalui amal ibadat yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita. Kita lupa bahawa Allah Maha Berkuasa.. Allah yang mencipta kita.. kita hambaNya. Jadi Allah Berkuasa memanggil kita datang kepadaNya pada bila-bila masa sahaja. Itu urusan Allah. Hanya Allah yang Mengetahui bila masa kita. Manusia tidak akan dapat tahu bila masa tamatnya. Mungkin pada usia 2 bulan.. mungkin 20 tahun.. 40 tahun.. 65 tahun.. 75 tahun.. 120 tahun... Hanya Allah yang Mengetahuinya.
Cuma kita sebagai hambaNya kena sentiasa bersedia. Bagaimana? Teruskan kehidupan seperti biasa. Tetapi dengan sentiasa mengingati Allah. Sentiasa mengutamakan Allah. Dan sentiasa melakukan segala sesuatu dengan ikhlas dengan hanya mengharapkan keredhaan Allah. Berserah kepada Allah dalam setiap urusan.
Memang sukar bagi kita kerana kita ini manusia. Dan manusia itu lalai. Kita ini lalai. Jadi mari kita sama-sama muhasabah diri dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah dalam cara mana yang kita mampu.
Jadi apa cara yang mudah untuk kita mengingati Allah? Zikir adalah satu cara menghubungkan diri kita dengan Allah.
Mari kita sama-sama berusaha untuk berzikir di saat-saat kita mengingati Allah.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami yang lalai ini. Ya Allah, janganlah Kau palingkan kami dari rahmatMu. Berilah kami petunjuk dan hidayah supaya kami sentiasa mengingatiMu setiap saat Ya Allah. Kami mohon keredhaanMu Ya Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment