Hmm jem di mana-mana.. apa nak buat... terima seadanya.. sebab bukan setakat di Terengganu di Selangor di Pahang di Malaysia.. di mana-mana tempat lain pun sesak gak masa cuti ni..
Masa cuti memang hampir semua orang ambik peluang pergi berjalan-jalan makan angin bercuti bersama keluarga... dan ramai juga yang memilih untuk balik kampung jumpa mak ayah dan saudara mara.
Dah tentu pertambahan jumlah kenderaan yang keluar masuk yang berada di atas jalan jadi lebih banyak dari biasa. Memang sangat luarbiasa rasanya. Sehinggakan ketika akak menulis entri ni akak dimaklumkan bahawa keadaan yang sangat sesak sedang berlaku di Plaza Tol Bentong.. ada yang berada di situ sejak pagi.. aduhai... kesiannya.
Memang memerlukan kesabaran yang sangat sangat tinggi.. kepada pemandu.. juga penumpang.. keseluruhan orang-orang yang berada dalam kenderaan. Doa dari akak, semoga urusan perjalanan semua dipermudahkan Allah dan semua orang selamat smpai ke destinasi masing-masing.
No comments:
Post a Comment