Semalam dapat message whatsup mengenai makluman peristiwa langit biru yang berlaku di Mekah. Dan waktu kejadiannya dikatakan sekitar 3.25 pagi waktu Mekah. Dan bagi Malaysia waktu tersebut ialah pada jam 8.25 pagi iaitu awal waktu Dhuha.
Maksudnya di sini ialah, pada pukul 3.25 pagi tu orang Mukmin di Mekah melakukan tahajud dan pada waktu yang sama kita di Malaysia ialah jam 8.25 pagi dan orang Mukmin bersiap untuk melakukan dhuha. Begitu besarnya perbezaan 5 jam tu.
Patutlah hadis nabi menyebut begitu besarnya kebaikan mereka yang melakukan dhuha. Rupa-rupanya pada masa kita dhuha di sebelah dunia lagi sedang melakukan tahajud. Jadinya siang dan malam ada waktu-waktunya yang Allah janjikan pahala berganda kepada hambaNya yang tekun beramal ibadat kepadaNya.
Dan disebut juga bahawa pada akhir dua pertiga malam yang akhir, Allah turun ke langit dunia. Dan Allah memperkenankan permintaan hamba-hambaNya. Dan dikatakan waktu doa yang mustajab ini sangatlah suntuk iaitu sejurus sebelum masuk waktu Subuh. Jadi sebab tu pada waktu-waktu akhir ini digalakkan banyak berdoa.
Perkara yang sama juga berlaku pada waktu dhuha. Diberitakan bahawa lebih afdal melakukan solat dhuha pada penghujung waktunya. Kata ustaz kazim, waktu dhuha ni ialah di antara jam 8 sehingga 12 tghari. Tapi kalau jam 11.45 tu dah berada di hujung dhuha.. dah terasa sangat panas mentarinya.. jadinya ada yang kata waktu afdal ialah sekitar jam 10 - 11 gitu.
Namun terserahlah kepada kita. Yang penting istiqamah melakukan ibadat sunat ni. Pukul 8 ke, pukul 10 ke, buatlah ketika mana yang kita dapat buat. Semoga Allah menerima amal ibadat kita. Amin.
No comments:
Post a Comment