Monday, February 9, 2015

Manusia dan kucing...

Akak nak share satu story ni.

Jiran depan rumah akak seorang yang cukup penyayang dengan kucing. Beliau bagi makan kat kucing setiap hari macam kucing tu peliharaannya, walaupun itu bukan kucingnya. Jadi disebabkan beliau selalu bagi makan kat kucing mungkin kucing pun dah selesa dengannya.

Nak dijadikan citer, hujung minggu yang lepas jiran akak ni takde. Jadi kucing-kucing ni bila jiran tu tak de dia akan datang rumah akak. Masa tu akak kak dapur dan kucing tu pun ada tak jauh dari dapur rumah akak.. melepak lepak.. ha kucing pun lepak beb.

Kemudian dari dapur akak dengar jiran akak balik. Dengar la pintu pagar dibuka tu.. dan yang paling mengharukan er.. terharu ke.. emm.. oklah.. sekali lagi.. yg paling mengharukan akal ialah bila dengar je kereta jiran akak ni, kucing yang ada tu terus berlari ke rumah jiran akak tu.. masyaAllah.

Kat dalam episod Tanah Kubur ada jugak kisah teladan berkenaan kucing ni. Bila orang yg sayang kucing tu meninggal, kat kuburnya ada banyak kucing-kucing yang turut sama mengiringi jenazah orang tu.. masyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!