Ni sambungan dari kisah kemalangan di Tok Bali yang melibatkan sebuah kereta Alza dan sebuah Hilux pada 13/2/2015.
3 yang menaiki Alza telah meninggal iaitu pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berumur 4 bulan. Mereka adalah ni adalah keluarga kepada adik ipar akak.
Semalam akak pergi menziarahi keluarga adik ipar tapi jenazah belum sampai. Jenazah sampai dari HU Kubang Kerian awal lagi. Dan dengan izin Allah ketiga-tiga jenazah telah selamat dikebumikan sesudah subuh pagi tadi.
Pemandu kereta Alza iaitu adik kepada adik ipar akak dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian. Sementara isterinya meninggal ketika di hospital. Bayi mereka pula dikatakan tercampak keluar 5 meter dan meninggal di tempat kejadian. Subhanallah.
Dan ini pula kisah pemandu hilux. Kisah ini diceritakan oleh adik akak.
Pemandu hilux juga cedera dan dibawa ke hospital. Setelah beliau sedar sepenuhnya, beliau bertanya "Mana drebar kereta Alza yang pakai baju putih tadi yang datang bersalam dengan saya. Beliau mintak maaf dengan saya sebab tak dapat kawal kereta.." setelah diberitahu pemandu kereta dah meninggal di tempat kejadian beliau tak percaya. Sebab beliau mengaku berjumpa dan bersalam dengan pemandu Alza.
Allahuakbar. Dunia roh hanya Allah Yang Mengetahuinya.
Dan diceritakan juga arwah iaitu pemandu Alza ni merupakan orang yang sangat disenangi ramai. Seorang yang baik hati. Sentiasa dilihat berjemaah di masjid berdekatan rumahnya. Subhanallah.
Semoga Allah memberikan balasan yang baik kepada mereka dan menempatkan mereka ke dalam golongan yang dikasihi Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment