Akak suka sangggaaat tengok masterchef junior.. budak-budak masak..
Dasat sungguh.. tengok dari cara diaorg masak.. wah.. memang setaraf ngan chef kat hotel. Boleh lawan ngan chef dewasa.
Malam ni finale. Ada 2 orang finalis.. memang berdebar-debar je bila tengok diaorang masak.
Dan budak-budak ni pun memang sangat jelas visi dan misi mereka. Semuanya minat masak dan semuanya nak bukak restoren. Pendek kata hala tuju dan tujuan kerjaya dan masa depan sangat jelas.
Terpikir jugak bila masa budak-budak ni belajar masak kan.. kalau kat sekolah dah sibuk ngan aktiviti akademik.. bila masa belajar masak.. hmm.. memang ada jadual khas la kot..
So mak ayah.. caner ye kalau tiba-tiba anak bagitau minat masak dan nak belajar masak je.. tak minat jurusan lain dah.. caner?
No comments:
Post a Comment