Friday, February 13, 2015

Kemalangan selepas balik dari menziarahi Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz..

13/2/2015

Hari ni kami sekeluarga dikejutkan pula dengan berita kemalangan yang menimpa keluarga adik ipar akak, M.

8 sekeluarga yang menaiki Alza terbabit dalam kemalangan tu iaitu kakak M, adik lelaki M dan isteri serta 5 anak. Mereka dalam perjalanan pulang selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Melihat keadaan kereta pun memang sangat mengejutkan. Sangat teruk. Masya Allah.

Dalam kemalangan tu, kakak M patah tulang rusuk manakala adik M dan isterinya meninggal dunia. Bayi mereka yg berumur 4 bulan juga turut meninggal. 4 lagi anak mereka sedang dirawat.

Semoga Allah memberikan rahmat dan kasih sayang kepada arwah berdua dan Allah menempatkan mereka dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Dan semoga Allah terus memberikan kekuatan pada M sekeluarga. Sesungguhnya, Dari Allah kita datang kepada Allah juga kita kembali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!